Tandas Dalam Rumah Tu Keperluan, Bukan Ikut Barat

Adoi la… ada pulak kata tandas dalam rumah ni bawa syaitan. Hari minggu ni Che Kak kena kerja menaip lebih masa pula.


Baca tajuk pun dah geram. 😆


Sekarang ni kita duduk bukan zaman kena suluh pelita nak pi tandas tengah malam.


Tak payah berlari-lari tengah malam hujan lebat, kilat sabung-menyabung, angin kuat.  Duduk saja dalam rumah, jalan dua tiga langkah dah sampai.


Sekarang ni bukan setakat soal hujan lebat atau takut ular saja soal malu pun main peranan. Nak pergi tandas luar rumah, kena lalu depan jiran. 


Memudahkan orang tua, kaum wanita, budak-budak dan orang sakit. Tak payah susah payah keluar jauh.


Lebih selamat. Tandas luar rumah tu kalau malam-malam, takut jumpa bahaya. Orang jahat pun ramai sekarang ni.


Kebersihan terjaga sebab sistem paip moden, air bersih sentiasa ada, najis terus ke tangki septik.


Rumah nampak lengkap dan selesa kerana  rumah moden memang design siap tandas dalam. Rumah takde tandas dalam orang kira tak complete.


Zaman dulu tandas jauh sebab teknologi paip tak canggih. Sekarang kita ada sistem pembetungan dan pengudaraan moden. Tandas dalam rumah bersih, selamat dan tak berbau.



Comments