Sekali sekala kita scrub badan. Buang daki dan sel-sel kulit mati yang menyebabkan kulit kusam dan kasar. Guna bahan-bahan yang ada di rumah sahaja. Jimat belanja. Scrub ni che kak namakan: Scrub Badan Glowing & Anti-Selulit🤪 Bahan: 🌹2 sudu serbuk kopi. Serbuk kopi ni sesuai untuk selulit. Che kak blend halus sebab serbuk kopi kasar. 🌹1 sudu gula pasir / gula aren. Sesuai untuk buang sel kulit mati. 🌹1 sudu tepung beras. Sesuai untuk mencerahkan kulit. 🌹1 sudu madu. Sesuai untuk glowing dan melembapkan kulit. 🌹1–2 sudu minyak kelapa / minyak zaitun. Che kak guna minyak zaitun Safi. Lepas tu gaulkan sebati. Campur sedikit air untuk jadikan pes. Lepas tu kau sapu rata-rata kat badan dan biarkan seketika sambil mengelamun🤪. Lepas tu, fikir la sendiri.