Scrub Badan Glowing & Anti-Selulit

Sekali sekala kita scrub badan. Buang daki dan sel-sel kulit mati yang menyebabkan kulit kusam dan kasar.


Guna bahan-bahan yang ada di rumah sahaja. Jimat belanja. 



Scrub ni che kak namakan: 


Scrub Badan Glowing & Anti-Selulit🤪


Bahan:


🌹2 sudu serbuk kopi. 

Serbuk kopi ni sesuai untuk selulit. 

Che kak blend halus sebab serbuk kopi kasar. 


🌹1 sudu gula pasir / gula aren. Sesuai untuk buang sel kulit mati.


🌹1 sudu tepung beras. Sesuai untuk mencerahkan kulit.


🌹1 sudu madu. Sesuai untuk glowing dan melembapkan kulit. 


🌹1–2 sudu minyak kelapa / minyak zaitun. Che kak guna minyak zaitun Safi.


Lepas tu gaulkan sebati. Campur sedikit air untuk jadikan pes. 


Lepas tu kau sapu rata-rata kat badan dan biarkan seketika sambil mengelamun🤪.


Lepas tu, fikir la sendiri. 

Comments