Pada 16.10.2014 hingga 18.10.2014, Kak Za terlibat sama dalam rombongan ke Pulau Pinang. Program Proses Sokongan Pekerjaan OKU.. Antara yang terlibat ialah penyelaras OKU jajahan, pengerusi, AJK, penyelia dan petugas PDK. Termasuk juga staf bahagian OKU JKMN.. Terima kasih yang tak terhingga pada Puan Roha (big boss bahagian OKU JKMN) kerana berjaya menganjurkan program lawatan ni.. Amat bermanfaat dan menambah pengetahuan kami.. Terima kasih juga kepada suami Arman Rider kerana mengizinkan Kak Za pergi dan mengasuh anak-anak walaupun sibuk dengan tugas persiapan MAHA 2014 di Serdang.. Kami bertolak dari perkarangan JKMN Kelantan lebih kurang jam 9.00 pagi.. Walaupun sama-sama di bawah bumbung bahagian OKU dan PDK, namun ramai lagi Kak Za tak kenal..Kalau kenal pun tak tahu nama pulak.. Sekurang-kurangnya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.. Kak Za duduk sebelah Kak Mazilah (penyelaras OKU jajahan Tumpat). Memang tak kering gusi la kalau berborak dengan Kak Lah. Kak Lah s...