Kenapa Kita Kena Belajar Ilmu Agama? 1. Kerana Ia Adalah Tuntutan dan Kewajipan Sebagai Hamba Allah Belajar agama bukan hanya untuk jadi ustaz, ustazah, da’i atau penceramah. Ia adalah kewajipan setiap individu Muslim, tak kira siapa pun kita tukang sapu, doktor, jurutera, pelajar, peniaga atau ibu bapa. Allah menciptakan kita untuk beribadah kepada-Nya (Surah Az-Zariyat: 56), dan ibadah yang sah tidak akan sempurna tanpa ilmu. "Barang siapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya, maka Dia akan memberi kefahaman dalam agama." (HR. Bukhari & Muslim) 2. Supaya Kita Mengenal Pencipta dan Tujuan Hidup Ilmu agama memperkenalkan kita kepada Tauhid (mengesakan Allah), mengenal sifat-sifat-Nya, dan menyedarkan kita bahawa hidup ini bukan sia-sia. Ia membantu kita memahami bahawa hidup ini adalah ujian, dan destinasi sebenar adalah akhirat. 3. Mengetahui Batas Dosa dan Pahala Tanpa ilmu agama, kita akan keliru tentang apa yang halal dan haram, apa yang disukai dan dibenci Allah. ...