Pada pendapat che kak, elakkan penggunaan ayat "produk mesra wuduk" pada mana-mana produk kosmetik, sama ada keluaran Malaysia atau antarabangsa.
Ayat ini sering menimbulkan salah faham dalam kalangan wanita Muslimah. Ramai yang beranggapan boleh terus berwuduk tanpa mencuci solekan terlebih dahulu, seolah-olah 2 dalam 1: berwuduk sambil mencuci wajah.
Hakikatnya, sebelum ambil wuduk, wajah perlu dicuci bersih dulu. Pastikan tiada sisa:
Bedak
Foundation
Maskara
Eye shadow
Gincu
Pelembap
Atau apa sahaja jenis solekan
Gunalah air, tisu basah, atau apa sahaja bahan cucian yang tidak merosakkan kulit, janji solekan betul-betul hilang.
Jika terus berwuduk tanpa hilangkan solekan, hanya kerana label "mesra wuduk", itu adalah satu kesilapan nyata.
๐ Selepas berwuduk, cuba lap wajah dan bibir dengan tisu – kalau ada kesan mekap, itu tandanya air wuduk tak kena kulit secara langsung.
Jangan kerana terpedaya dengan istilah pemasaran, kita abaikan asas sahnya wuduk.
#chekakbukanustazah
#sekadarsharing
#peringatandirisendiri
#antaraibadahdansyariat
Comments
Post a Comment