Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2019

MELAKA SIRI 2 - 9 JULAI 2019

💖9.7.2019💖 Jom le pergi makan sarapan. Dah nampak bayang nak sarapan kat mana. Hihihi. Ofkos la Restoran Asam Pedas Selera Kampung. Che kak pernah tengok dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Alamak! Takde pulak asam pedas. Menu asam pedas hanya ada waktu lunch. Konsep makan kat sini secara berhidang macam makan kat rumah. Menarik betul sejarah lesen kedai makan ni. Sejarah!  Mata che kak nampak menu ikan keli goreng. Hehehehehe.. Apa lagi tak tengok kiri kanan dah. Kecik pun kecik je la. Asal ikan keli. Kalau kat Kelantan, che kak pilih ikan keli yang paling besar. Gulai daging salai dan tempe goreng. Harga dah lupa. Tapi harga masih mampu milik la. Mmmm tak nampak menu hijau kehijauan. Nampak sangat kami bukan kaki makan sayur dan ulam. Che kak makan je sayur dan ulam. Cuma malas nak kunyah. Eh banyak pulak alasan. Jam menunjukkan masih awal lagi. Lagipun kursus start pukul 2.30 petang. Tak sampai 1 jam je jarak dari Bandar Hilir Melaka ke Kem...

MELAKA SIRI 1 - 8 JULAI 2019

Sebagaimana yang dijanjikan pada diri sendiri, che kak nak tulis kisah ke Melaka. Che kak bersama 2 orang kawan che kak kena hadir kursus. Kursus best giler tahap gaban. Walaupun sibuk dengan tugas-tugas hakiki, demi Melaka che kak nak gi juga.  Melaka terlalu istimewa dalam hati che kak walaupun che kak bukan orang Melaka. Kenapa? Nanti che kak cerita hari lain la ye. Nama kursus ialah Kursus Pemantapan Kerja Berkumpulan Penyelaras 2YEP JKM pada 9 hingga 11.7.2019 di Kem Bina Negara, Asahan Melaka. 💖8.7.2019💖 Che kak bersama Hanis Penyelaras 2YEP JKMN Kelantan merangkap ex officemate che kak masa kerja kat JKM Pasir Mas dan En Kasmad dari JKM Kota Bharu yang menggantikan Kak Saripah. Bertolak sehari lebih awal sebab daftar kursus jam 2.30 petang pada 9.7.2019. Kalau bertolak hari yang sama takut tak sempat masuk kelas. Driver abang Joe. Antara driver yang paling sporting kat JKMN Kelantan. Perjalanan melalui highway Terengganu. Singgah untuk solat dan makan ...

RANGKULAN KASIH UMRAH RAMADHAN 1439 H 2 JUN - 13/14 JUN 2018 - SIRI 3

Catatan Perjalanan ke Tanah Suci 30 Mei 2018 Che Kak bersama penerima bantuan JKM yang terpilih bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas JKM. Ada juga yang pergi sendiri. Tak sabar rasanya menunggu saat berlepas.  Walaupun rasa sedih tinggalkan suami dan anak-anak, kerinduan dan kecintaan kepada Baitullah mengatasi segalanya. Rasa macam terkena penyakit angau cinta, tapi cinta kepada Allah. Dengan berpandukan aplikasi Waze, akhirnya kami selamat sampai di Hotel Tabung Haji, Kelana Jaya, tepat ketika azan Maghrib berkumandang  menandakan waktu berbuka puasa. 31 Mei 2018 Hari pendaftaran dan taklimat. Bagaikan mimpi, Che Kak dapat melihat dan mendengar secara langsung ceramah Ustaz Dato’ Md Daud Che Ngah.  Sejak kecil Che Kak memang minat dengar ceramah ustaz, selalu juga baca kisah umrah dan haji dalam majalah Mastika. Ada juga booth pemeriksaan kesihatan. Memang seronok dengar ceramah ustaz. Semoga para pendakwah dan ulama' terus istiqamah dalam perjuangan menyampaikan...