Catatan Perjalanan ke Tanah Suci
30 Mei 2018
Che Kak bersama penerima bantuan JKM yang terpilih bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas JKM. Ada juga yang pergi sendiri. Tak sabar rasanya menunggu saat berlepas.
Walaupun rasa sedih tinggalkan suami dan anak-anak, kerinduan dan kecintaan kepada Baitullah mengatasi segalanya. Rasa macam terkena penyakit angau cinta, tapi cinta kepada Allah.
Dengan berpandukan aplikasi Waze, akhirnya kami selamat sampai di Hotel Tabung Haji, Kelana Jaya, tepat ketika azan Maghrib berkumandang menandakan waktu berbuka puasa.
31 Mei 2018
Hari pendaftaran dan taklimat. Bagaikan mimpi, Che Kak dapat melihat dan mendengar secara langsung ceramah Ustaz Dato’ Md Daud Che Ngah.
Sejak kecil Che Kak memang minat dengar ceramah ustaz, selalu juga baca kisah umrah dan haji dalam majalah Mastika.
Ada juga booth pemeriksaan kesihatan. Memang seronok dengar ceramah ustaz. Semoga para pendakwah dan ulama' terus istiqamah dalam perjuangan menyampaikan dakwah Islamiyyah. Semoga ustaz diberikan kesihatan yang baik agar terus dapat menabur bakti kepada para tetamu Allah.
Ustaz Dato’ Md Daud Che Ngah juga beri taklimat kepada petugas sukarelawan.
Harapan Che Kak, semoga anak-anak muda zaman sekarang kenal dan hormat tokoh-tokoh agama kita.
Teruja sangat! Tapi masih ‘control’. Malulah juga, Che Kak ada juga selfie dengan ustaz, tapi takdelah sampai tergedik macam jumpa artis. Hehe.
Mmm… dugaan hati ni, memang besar. Banyakkan istighfar, mohon Allah pelihara hati.
Majlis Perasmian
Waktu inilah baru Che Kak kenal dengan pemilik agensi Andalusia. Beliau berkongsi kisah hidup datang dari keluarga susah dan tak sempat hantar ibu bapanya ke Mekah.
Dari situlah lahirnya keinginan beliau untuk bantu warga emas miskin menunaikan haji dan umrah. Sangat menyentuh hati.
Katanya, beliau dulu kerja makan gaji dan hanya sempat beri gaji kepada ayahnya sekali sebelum ayahnya pergi buat selamanya.
“Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain.”
Perkenalan dengan Mok
Nak cerita juga tentang makcik dari Pasir Mas yang Che Kak panggil mok. Umur dia 73 tahun tapi masih kuat dan comel! Pukul 4 pagi dah bangun, mandi, dan solat tahajjud. Masa sahur dan berbuka makan sikit je. Patutlah kecil molek.
Wajahnya manis, sejuk mata memandang. Che Kak selalu peluk mok. Memang rasa macam nenek sendiri. Mok jaga penampilan. Bila dia senyum, alahai, macam anak dara malu-malu. Comel betul.
2 Jun 2018 – Hari Berangkat
Kebetulan, hari ini juga hari lahir suami Che Kak. Kami bertolak ke KLIA. Hati berdebar-debar, rindu pada Baitullah makin terasa. Lambaian Mekah dah memanggil-manggil.
Tapi ada berita yang menyedihkan. Pakcik Jamil dari Gua Musang tak sihat. Kami ingatkan dia cuma demam biasa sebab kurang gula. Dah bagi air manis, kurma... rupanya gula naik tinggi pula. Mujurlah Andalusia ada doktor bertugas. Semoga ada rezeki pakcik nanti.
Persiapan Ihram
Jemaah lelaki semua dah pakai pakaian ihram, tapi belum niat ihram lagi. Mutawwif akan beritahu bila waktu untuk niat semasa dalam kapal terbang. Kalau niat awal, nanti susah pula.
Penutup Catatan
Setakat ini dulu perkongsian Che Kak. Nanti Che Kak cerita pula pengalaman berada di tanah suci Mekah, insyaAllah. Perasaan rindu m koemang tak tergambar... Semoga Allah beri peluang dan rezeki untuk kembali ke sana.
Nota tambahan: Jangan lupa beli plug antarabangsa – RM20.00.
Comments
Post a Comment