Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2021

Catatan: Long COVID, Long Journey

30 Ogos 2021:  Syukur Selepas Badai Semalam che kak layan movie perang, kemaruk betul sebab baru dapat tengok TV selepas berkurung lebih dua minggu. 😂 Alhamdulillah, masih diberi nikmat sihat, masih lagi dapat bernafas dan bersama keluarga tersayang. Nikmat yang tak terungkap dengan kata. Terus terang, dua minggu tu emosi memang koyak rabak. Tapi che kak gagahkan juga hati sebab ada sokongan moral yang sangat kuat dari keluarga dan kawan-kawan yang tak pernah jemu bagi semangat. Mana tak koyak, che kak ada sejarah sakit jantung. Hari-hari buka Facebook, ada je berita sedih orang meninggal sebab COVID-19. Itu yang che kak jauhkan diri sikit dari media sosial waktu tu. Tak nak tambah beban emosi yang memang dah berat. InsyaAllah nanti bila che kak rajin, che kak nak tulis dan kongsi sepenuhnya pengalaman ni. Bukan sekadar cerita, tapi sebagai kenangan hidup yang cukup berharga. Semoga bermanfaat untuk orang lain, dan jadi peringatan untuk diri sendiri juga betapa bernilainya setiap ...

Catatan Tambahan: Hari Biasa, Hati Luar Biasa

  01 September 2021 Hari ni che kak masuk kerja macam biasa. Tak sempat nak "ting tong" sangat sebab kerja memang tengah menimbun. Kebetulan ada kursus online pula yang perlu dihadiri. Dalam masa yang sama, kena siapkan baucar bayaran, laporan bulanan, dan rutin kerja awal bulan. Pendek kata pagi sampai petang memang padat. Badan pun terasa tak berapa sihat sangat hari ni. Selama ni aircond pejabat tak rasa pun sejuk dia. Tapi entah kenapa hari ni, terasa sejuk sampai ke tulang. Che kak buka tingkap, bagi angin luar masuk barulah lega sikit. Tengah sibuk-sibuk tu, hati berbunga-bunga bila dapat makan keropok dan kuih… alah, lupa pula nama kuih tu. Tapi memang kebetulan terasa nak makan benda tu sejak pagi. Allah bagi rezeki terus naik semangat. Balik rumah, Abang Afnan request ayam masak sambal. Ha, senang kerja! Tak payah fikir panjang nak masak apa. Bila anak minta, kita masak je dengan hati yang ikhlas. Itulah bahagian kecil dari menghargai orang yang kita sayang selagi ma...

Siri 11: Penangan Long COVID

Hari ni dah hampir 6 minggu sejak che kak dijangkiti virus corona. Alhamdulillah, che kak semakin sembuh walaupun disahkan bergejala tahap 2. Tapi rupanya, perjuangan belum tamat. Che kak kena hadap juga long COVID. Hari pertama masuk kerja lepas kuarantin, che kak terpaksa lawan penat – fizikal dan emosi. Waktu tu sibuk sangat dengan proses bayaran bantuan, dan ada pula taklimat penting di Google Meet. Kepala pening, badan lesu, hati pula rasa kosong. Nak sembang dengan kawan pejabat pun tak larat. Hanya mampu duduk diam dan fokus yang mana perlu je. Letih luar biasa. Menyapu sampah pun rasa macam baru angkat tong gas. Walaupun semangat tu ada nak buat kerja rumah, tenaga pula tak membantu. Dulu kalau penat pun, kalau dapat sopim kat kedai Eco, automatik hilang lesu. Tapi kali ni, pegang bekas plastik pun rasa berat ya amat. Simptom-simptom long COVID yang che kak rasa: Masih ada kahak dan hingus (on-off) Sakit bahu dan belakang yang pelik Rasa berdebar tanpa sebab – macam nampak kon ...

Siri 10: Syukur di PKRC

Che kak bersyukur sangat sebab PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19) ni tak bercampur lelaki. Dapatlah berehat dengan tenang, tak rasa rimas atau tak selesa. Setiap hari, che kak hanya mampu tengok pesakit lain – ada yang dah boleh balik, dan tak kurang juga yang baru masuk. Hidup silih berganti. Jiran sebelah che kak pun dah lebih 10 hari kat sini, tapi masih belum boleh balik sebab masih batuk-batuk. Tapi batuk manja je pun, ala-ala gittew gitu. 😅 Tapi bila tiba masa jiran tu dibenarkan balik keesokannya, hati che kak terus rasa sayu. Jiran kiri kanan dah tak ada. Rasa kosong, sebak… macam ada ruang yang tiba-tiba sunyi. Dan bila akhirnya giliran che kak pula untuk balik, ya Allah… seronoknya bukan main! Tak sabar nak jejak rumah sendiri. Tapi sebelum keluar dari pagar PKRC, kena catat nama dan nombor telefon dulu dalam buku log petugas RELA. Balik rumah pun masih tak bebas sepenuhnya. Kena teruskan kuarantin, pakai mask, dan asingkan diri dari ahli keluarga. Tambahan pula che...

Siri 9 – Antara Teksi, Kereta Jenazah dan Kerinduan

Che kak ingat lagi perbualan dengan suami setiap kali sembang pasal kereta idaman… Che kak:  “Entah le. Asal boleh gerak gi kerja, siasat kes bantuan, singgah Eco Shop, tak rosak — dah cukup.” Suami pun geleng kepala sambil menyakat: "Awok ni molek bawa keto jenazah. Tak dok jiwo langsung ke keto?" 😂😂 Tapi masa duduk termenung kat PKRC, terpikir juga... "Balik nanti, naik kereta jenazah ke... atau balik naik teksi?" 😢 Seriau wehh. Sebab ada pesakit yang tiba-tiba sesak nafas, kena hantar ke hospital. Masa tu memang fikir: 🩺 Sama ada sembuh... 🛏️ Atau bertambah teruk... Semua tu di luar kawalan kita. Bergantung kepada izin Allah dan tahap kesihatan. Lepas tu, viral pula kisah pesakit marah-marah KKM sebab tak hantar balik rumah lepas sembuh. Aduh, kesiannya kat driver KKM tu. Datang jemput siang malam, tengah risiko tinggi, lepas tu kena marah pula... Mereka pun manusia, bukan robot. 😔 Che kak pula masa tu tak pasti macam mana nak balik. Cadang nak balik naik ...

Siri 8 – Cerita di PKRC: Di Sebalik Wajah Ceria Penghuni

Dari luar, penghuni PKRC nampak ceria, berborak, gelak tawa, macam tak sakit pun. Tapi bila tengok lebih dekat,  che kak perasan  setiap orang bawa beban yang berbeza. Che kak pula jenis lebih suka menyendiri.  Bukan sombong, tapi  inilah masa untuk berehat, rawat diri, jaga emosi. Sekali sekala berborak juga, tapi tak selalu. Che kak memang elak cerita politik sebab buat hati panas.  Cerita artis tak minat langsung. Kalau che kak buka bicara,  selalunya gaya temubual klien: 📍 Nama? 📍 Tinggal mana? 📍 Kerja apa? 📍 Ada berapa orang anak? Lepas tu? Mati kutu tak tau nak sembang apa dah 😅 Jiran katil sebelah pun awalnya che kak tak berbual  sebab dia nampak tak sihat.  Bila dah sihat sikit, baru che kak tegur sapa. Makcik tu sedih sebab tak ada telefon nak call anak-anak.  Anak pun tak tahu keadaan mak dia. Che kak pun hulur telefon,  biar makcik tu dapat dengar suara anak-anak. Masa tu  gembira tak terkata. N ampak betapa besarnya...

Siri 7 – Pengalaman Che Kak di PKRC (Sambungan)

(Soalan popular: Sape jaga anak masa Che Kak kuarantin?) Soalan ni selalu orang tanya Che Kak:  "Masa Che Kak kat PKRC, siapa urus anak-anak, makan minum, urusan rumah semua tu?" Jawapannya mudah je – suami Che Kak. Dari dulu lagi kalau Che Kak outstation, memang tak pernah rasa risau sebab: ✔️ Suami memang boleh urus anak-anak dan rumahtangga, ✔️ Anak masih baby pun dia boleh jaga, ✔️ Memang dah biasa berdikari. Sekarang ni anak-anak pun dah besar, boleh tolong buat kerja rumah sama-sama. Mak ayah kat luar sana, Che Kak nak pesan, ajar anak dari kecil lagi dengan asas kemahiran hidup, tak kira lelaki atau perempuan. Contoh kemahiran asas: Masak nasi, goreng telur, goreng ayam, Basuh, jemur, lipat baju, Kemas rumah, buang sampah, Basuh pinggan, gelas, sudu lepas guna. Tak rugi ajar awal. Bila mak atau ayah jatuh sakit atau tak ada, anak-anak tak panik, tahu bantu. Walaupun Che Kak tak dapat keluar beli barang dapur masa kat PKRC, jiran-jiran banyak bantu belikan barang dapur ...

Siri 6 – Pengalaman Dikuarantin di PKRC (Sambungan)

Lega hari ni dah selesai sesi audit ISO secara Google Meet. Beberapa hari sebelum tu, memang Che Kak bertungkus-lumus siapkan dokumen dan fail untuk dihantar kepada juruaudit. Lepas selesai, sempat sembang sekejap dengan jiran bilik depan. Rehat sikit sementara nak sambung duty kaunter. Nak sambung balik la pengalaman Che Kak di PKRC... Down. Lemau. Takde mood. Sepanjang berada di sana, Che Kak memang betul-betul rasa lemah semangat. Padahal banyak masa terluang, boleh je guna untuk tulis blog, buat bisnes, sambung kerja online. Tapi itu semua sekadar angan-angan. Dah paksa diri, tapi corona ni betul-betul ‘tutup pintu hati’ Che Kak. (Salahkan corona la pulak kan? 😂😂) Sampai left grup ofis sebab tension bila ada yang tak siapkan kaji semula dokumen. Lepas membebel, terus left 😂. Nasib baik bos faham situasi – tempoh bertenang, kata orang. Gais, tolong jangan paksa diri. Jaga diri. Jaga hati. Itu paling penting semasa proses pemulihan. Fokus lawan COVID dulu. Masuk kerja balik je, te...

Siri 5 – Pengalaman Dikuarantin di PKRC (Sambungan)

Apa yang Che Kak kongsi ini hanyalah pengalaman peribadi. Tak mewakili mana-mana individu atau jabatan. Alhamdulillah, Che Kak selesa saja sepanjang berada di PKRC, walaupun tinggal ramai-ramai dalam satu dewan besar. Sekali-sekala ada juga baca Yaasin beramai-ramai – rasa tenang, suasana pun jadi damai. Secara keseluruhan, bagi Che Kak, PKRC dah buat yang terbaik untuk kami semua. Pernah juga terdengar orang sebut pasal kos tinggi kerajaan tanggung makan, minum, elektrik, rawatan dan sebagainya. Che Kak rasa bagus juga kalau ada yang sedar perkara tu. Sepatutnya kita bersyukur, bukan komplen. Semua tu adalah usaha kerajaan dan petugas yang memang patut kita hargai. Bab ni agak geli sikit ya, Che Kak minta maaf awal-awal. Walaupun rasa sihat, tapi sesekali tetap muncul gejala pelik dan tak selesa. Contohnya – air liur. Satu malam tu, air liur jadi pekat likat macam gam. Nak telan pun rasa melekat kat tekak. Terpaksa ulang-alik ke tandas untuk ludah, berkali-kali. Memang penat. Kahak da...

Siri 4 – Pengalaman Dikuarantin di PKRC (Sambungan)

Apa yang Che Kak kongsi ini hanyalah pengalaman peribadi sahaja. Tak mewakili mana-mana individu atau jabatan. Makan, tidur, makan, tidur, makan, tidur. 😂 Itulah rutin harian Che Kak sepanjang di PKRC. Hidup dalam "loop" yang sama setiap hari tapi nak buat macam mana, itu je aktiviti yang ada! Che Kak perasan juga, menu makan tengahari dan malam banyak yang bergaya masakan Siam. Mungkin sebab PKRC ni dekat dengan Rantau Panjang, dan kemungkinan tukang masaknya orang sana juga. Menu memang sedap-sedap walaupun tak semuanya Che Kak makan habis. Waktu petang, biasanya dapat roti, sandwich, dan air kotak. Kadang-kadang ada juga sedekah makanan, jadi memang tak lapar. Itu belum kira makanan yang bawa sendiri. Ada juga yang order makanan luar, mungkin nak ubah selera. Alhamdulillah, walaupun Che Kak hilang deria bau, tapi deria rasa masih ada. Kalau hilang dua-dua, memang tak tau nak cakap macam mana la nak telan nasi 😂 Syukur, kawan-kawan dan adik Che Kak pun rajin hantar makana...

Siri 3 – Pengalaman Dikuarantin di PKRC (Sambungan)

Apa yang Che Kak kongsikan ini hanyalah pengalaman peribadi. Tidak mewakili mana-mana individu atau jabatan. Setiap hari, Che Kak akan bangun awal dan mandi sekitar jam 5 pagi. Waktu itu pun, ramai dah beratur nak masuk bilik air. Sementara tunggu waktu Subuh, ramai juga yang ambil peluang untuk solat tahajjud dan solat sunat lain. Ada yang mengaji Al-Quran, tenangkan hati di awal pagi. Lepas solat, Che Kak akan amalkan makan: Madu Pati delima manggis Bee propolis Vitamin C Selepas itu, Che Kak akan jemur pakaian di tempat yang disediakan. Nasihat Che Kak, bawalah hanger lebih jimat ruang dan mudah untuk orang lain jemur juga.  Pernah terfikir nak jemur malam, tapi seorang makcik tegur, katanya "tak elok jemur malam, nanti berembun boleh kena penyakit kulit". Che Kak pun akur, hormat pada nasihat makcik tu. Lepas jemur, kadang-kadang Che Kak terlelap sekejap sambil tunggu sarapan sampai. Menu sarapan bukan biasa-biasa, nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk, nasi lemak. Kadan...

Siri 2: Dari Rumah ke PKRC – Malam Sayu, Katil Baru

Assalamualaikum semua, Hari ni Che Kak nak sambung cerita pengalaman Che Kak bila disahkan positif COVID-19 dan dikuarantin di PKRC. Ingat ya gais, apa yang Che Kak kongsi ni hanyalah pengalaman peribadi. Tak mewakili mana-mana jabatan atau individu. Cuma nak berkongsi, mana tahu boleh bantu beri gambaran kepada yang belum pernah alami. 🫖 Air Rebusan Bunga Cengkih & Detik Sebelum Ambulans Sebelum ambulans datang jemput, suami sempat bagi air rebusan bunga cengkih. Minum masa suam-suam, rasa sedap… tapi tekak rasa kering lepas tu. Hidung yang tersumbat tu, Alhamdulillah mula lega sikit. Sementara tunggu, pihak PKRC ada call. Ada beberapa soalan untuk rekod tentang kesihatan, gejala dan maklumat diri. Sebenarnya, kalau nak pergi sendiri ke PKRC pun boleh. Tak semestinya naik ambulans. Tapi Che Kak nak juga merasa naik ambulans. 😅 🚑 Malam Sunyi, Angin Lalu di Tingkap Ambulans Masa dalam ambulans, hati rasa sayu. Angin malam menyapa dari tingkap yang dibuka sedikit. Dalam hati, “Ya ...

Siri 1: Pengalaman Kena COVID-19: Dari Rumah ke PKRC

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Hari ni Che Kak nak kongsi pengalaman Che Kak kena COVID-19 baru-baru ini. Apa yang dikongsikan ni hanyalah berdasarkan pengalaman peribadi, bukan mewakili mana-mana individu atau jabatan. Kalau orang tanya, “Che Kak dapat virus kat mana?” Sejujurnya, Che Kak tak tahu. Che Kak hanya ke pejabat dan sekali-sekala singgah supermarket beli barang dapur. Tapi sedar-sedar je, bergejala. Takde pula contact rapat dengan sesiapa. Syukur Alhamdulillah, suami, anak-anak, ahli keluarga dan rakan pejabat semua tak dijangkiti. Sangat penting bila kita mula rasa gejala, cepat-cepat buat pemeriksaan dan asingkan diri sampai dapat keputusan. Gejala Mula Datang Pada awalnya, Che Kak rasa macam nak demam. Menggigil bila terkena air masa nak berwuduk. Terus telan panadol. Demam reda, tapi keesokannya kepala masih rasa ting tong. Che Kak ambil keputusan pergi klinik. Biarlah ambil langkah berjaga-jaga daripada jadi penyebab jangkitan. Doktor buat swab test dan pas...