Hari ni dah hampir 6 minggu sejak che kak dijangkiti virus corona. Alhamdulillah, che kak semakin sembuh walaupun disahkan bergejala tahap 2.
Tapi rupanya, perjuangan belum tamat. Che kak kena hadap juga long COVID.
Hari pertama masuk kerja lepas kuarantin, che kak terpaksa lawan penat – fizikal dan emosi. Waktu tu sibuk sangat dengan proses bayaran bantuan, dan ada pula taklimat penting di Google Meet. Kepala pening, badan lesu, hati pula rasa kosong. Nak sembang dengan kawan pejabat pun tak larat. Hanya mampu duduk diam dan fokus yang mana perlu je.
Letih luar biasa. Menyapu sampah pun rasa macam baru angkat tong gas. Walaupun semangat tu ada nak buat kerja rumah, tenaga pula tak membantu. Dulu kalau penat pun, kalau dapat sopim kat kedai Eco, automatik hilang lesu. Tapi kali ni, pegang bekas plastik pun rasa berat ya amat.
Simptom-simptom long COVID yang che kak rasa:
Masih ada kahak dan hingus (on-off)
Sakit bahu dan belakang yang pelik
Rasa berdebar tanpa sebab – macam nampak kon polis tapi teringat lesen memandu dah tamat tempoh 😂
Tak ada selera makan – tapi makan tetap on, sebab tu tak kurus juga. 😅
Deria bau belum sepenuhnya pulih – kejap ada, kejap hilang
Paling ketara: cepat letih, lesu, dan susah fokus
Pendek kata, asal sakit sikit je, che kak mula salahkan corona. 😂
Kawan tanya, makan supplement ke tak?
Che kak makan ikut rasa. Kalau rajin, makan. Kalau malas, tak makan pun tak rasa bersalah. Tapi ada beberapa benda yang che kak memang konsisten:
Madu asli – untuk tenaga
Campuran aloe vera + pati delima manggis – ala jus buah, masam manis gitu
Propolis kunyah & herba HPA – propolis tinggi flavonoid, bantu lawan jangkitan
Vitamin – tapi jangan overdose! Kalau tertinggal pagi, tak perlu telan dua kali petang. Nanti rosak buah pinggang & hati.
Yang penting: jaga makan. Sayur & buah-buahan dah cukup bantu sistem imun. Sepotong jambu batu pun cukup untuk keperluan Vitamin C harian kita.
Lagi penting dari supplement:
Jaga emosi
Jangan sibuk ikut gosip medsoc sampai kita sendiri naik stress
Jangan paksa diri buat kerja melebihi kemampuan
Rehat bila perlu – kerja memang takkan habis, tapi kita ni ada hadnya
Hargai orang sekeliling yang ambil berat – keluarga & kawan-kawan
Hidup ni peluang sekali. Jadi orang baik-baik.
Setakat ni je la dulu perkongsian che kak. Takde sambungan siri dah. 😂
Terima kasih dari hati sebab sudi baca, sokong, dan ambil tahu kisah che kak. Moga bermanfaat untuk sesiapa yang sedang berjuang atau pernah lalui pengalaman serupa. 🥰
Comments
Post a Comment