Ada ni haaa tengah makan kuaci sambil layan citer Gaban. Baru dapat gaji hati rasa tenang dan aman. Membeli belah keperluan anak-anak menjadi keutamaan. Bukan nak cerita pasal gaji sebenarnya tapi sekadar mukaddimah tulisan. Hari ini hadir Jerayawara berkaitan garis panduan skim bantuan. Di samping itu, seronok dapat jumpa kawan-kawan walaupun tak sempat nak layan. Sayangi kawan-kawan dan jangan bergaduh kerana pi mai pi mai tang tu tengok muka yang sama juga kecuali tukar jabatan. Che kak sampai awal sebab nak dapat parking dekat dengan bilik gerakan. Garis panduan dibuat agar kita tak melanggar batasan. Selesaikan kes permohonan bantuan kewangan lagi mudah berbanding handle kes Lak Pusat Jagaan. 'Ralik' dengar penerangan dan lontaran soalan demi soalan. Bekerja di lapangan pasti ada kekeliruan. Bukan apa takut tersalah faham dengan dasar bantuan yang dibuat oleh pihak atasan. Sekalo la sekalo, hari ni jadi duo kalo, musykil sungguh bakpo abe Di tok nanyo soalan...