Impian Kecil, Hati Besar – Buku Titian Hasliza Kini Menjadi Realiti"

Ya Allah... rasa nak menangis bila buka pintu bilik pagi tadi.

Nampak bungkusan Pos Laju atas meja, dan tahu pasti petugas kaunter petang semalam yang meletakkannya.

Impian che kak sejak dulu nak tulis buku, akhirnya tercapai walaupun hanya untuk simpanan peribadi. 🥹📖


Syukur Ya Allah atas ilham yang Kau beri untuk menulis kisah ini.

Terima kasih buat suamiku, yang sangat memahami dan setia tumpangkan lengan untuk che kak rebahkan resah di dada malam.

Beliau sabar dengan che kak waktu ‘wajah bercahaya’ dalam gelap bilik hanya kerana che kak menulis guna telefon, waktu dia tidur di sisi.

Che kak tulis semua ni secara spontan, disimpan satu-satu dalam mynote.

Allahu rabbi… tak tergambar perasaan bila buku ini sampai di tangan.

Biarlah orang kata "syok sendiri", tapi bagi che kak ini langkah pertama, macam bayi yang baru pandai berjalan.

Dan langkah ini buat che kak rasa seronok tak terperi..


Kenapa tajuknya Secebis?

Sebab tak semua cerita che kak dapat tulis banyak yang masih rapi disimpan dalam hati.


Alhamdulillah, hasil carian Google, terjumpa BookHero. Che kak PM tepi, tawakkal dan serah amanah pada mereka.

Dan hari ini… buku ini secara rasmi terhasil. 😭







Sebelum ini, che kak pernah juga PM seseorang yang che kak kenal, tapi mungkin sebab che kak bukan artis… jadi hanya dipandang sepi.


Terima kasih BookHero, kerana sudi bantu orang biasa macam che kak realisasikan impian ini.

Dan kalau ada yang sudi nak baca versi digital, che kak sediakan ebook PDF.

Dari hati ke nota. Dari nota jadi buku. Dari buku, harapnya sampai ke hati yang membaca. ❤️

Comments