Bila Ukhuwah Lebih Kuat Dari Sekadar Tugasan Kerja Coretan 25.3.2024 Pagi tadi, Che Kak berkesempatan berjumpa dengan penyelia PPDK dan PAWE di bilik rundingcara. Terima kasih banyak kepada bos dan team yang sediakan bilik ni dengan begitu cantik dan selesa — memang rasa tenang nak berbincang. Kalau boleh, malas dah nak naik bilik mesyuarat... takut kaki ni makin sakit pula 😆. Dari Rundingan Ke Kenangan Tujuan perjumpaan pagi ni sebenarnya sekadar nak bincang prosedur pendaftaran pusat jagaan – arahan dari pihak atasan yang perlu kami laksanakan bersama. Tapi sebenarnya, perjumpaan ni lebih daripada sekadar mesyuarat. Ada memori lama yang terimbau. Dulu, masa Che Kak jadi penyelaras unit OKU , memang kerap sangat jumpa mereka. Hampir 4 tahun bekerja rapat – banyak program, banyak isu, banyak senyuman dan juga air mata dikongsi. Tapi sejak bertukar portfolio ke unit lain , hubungan tu jadi jarang-jarang. Tup-tup, hari ni masih juga Allah izinkan kami bekerjasama semula, walaupun Ch...