"Kuih Mahal, Tapi...”
Biasanya kita selalu dengar rungutan tentang kuih yang mahal "macam naik haji balik hari" katanya.
Tapi sebenarnya, mahal atau murah itu subjektif. Bergantung pada pandangan dan, paling utama, poket kita. Poket nipis lain rasa dia. Poket tebal lain pula timbangannya.
Che Kak ni cukup pakej:
❌ Tak rajin
❌ Tak pandai buat kuih
❌ Takde masa
❌ Tak suka renyah
Maka, Che Kak terima saja harga yang diletak walaupun kadang dapat donut keras macam tayar lori.
Takde duit, Che Kak duduk diam-diam. Ada duit, Che Kak beli.
Kalau rasa tertipu? Tak beli dah lain kali.
Nampak macam senang buat kuih, tapi hakikatnya rumit modal, masa, tenaga... semua tu bukan percuma. Mak-mak yang berniaga ni bukan goyang kaki.
![]() |
Gambar hiasan sahaja |
Kalau rasa kuih beli tak sedap dan kita rasa boleh buat lebih baiksilalah buat sendiri. Mungkin lebih puas hati.
Kepada para peniaga pula, masaklah kuih elok-elok. Biar sedap, berbaloi. Bila orang rasa puas hati, insyaAllah mereka datang beli lagi.
Comments
Post a Comment