Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2022

Takdir Allah Itu Indah – Walau Kita Tak Faham Ketika Itu

  “Untukmu, Abang Aiman – Dari Seorang Umi Yang Pernah Terluka Dalam Diam” "Umi… kenapa umi tinggalkan Aiman dulu?" Soalan itu, Abang Aiman tanya waktu usianya menginjak remaja. Tapi soalan itu juga, umi tak mampu jawab secara terus. Bukan sebab umi tak tahu, tapi kerana jawapannya ada luka yang masih belum sembuh sepenuhnya dalam hati umi . Hari ini, Aiman dah 18 tahun. Tak lama lagi nak duduki SPM. Umi tengok Aiman membesar di depan mata kini, tapi hakikatnya… waktu paling mahal dalam hidup Aiman dulu, umi dan abi pernah terlepas pandang. Waktu Itu... Umi dan Abi Masih Naif Dulu, umi dan abi hidup berjauhan. Abi di Melaka, umi di KL. PJJ – Perkahwinan Jarak Jauh – bukan perkara mudah untuk pasangan muda yang serba kekurangan dan baru bertatih dalam alam rumah tangga. Tokmi tak bagi Aiman dibawa bersama ke Melaka masa pantang dulu. Katanya, siapa nak jaga? Umi dan abi sibuk bekerja. Tokmi, abatok, adik-beradik ipar umi – mereka semua sangat baik, sangat penyayang. Mer...