Semangat Tarawih, Tersadung Tangga

Terawih, Tangga & Telekung Biru: Catatan Ramadan 

Malam pertama terawih.
Langit gelap tenang, hati pun tenang sampai imam mula baca surah, tiba-tiba rasa sebak. Sayu.
Eh, kenapa ni?

Rupa-rupanya rindu.
Rindu suasana umrah bulan Ramadan enam tahun lepas.

Solat tarawih di Masjidil Haram, imam baca ayat panjang-panjang, suara merdu sampai terus menusuk ke hati.

Walaupun tak faham semua maksud ayat, tapi rasa tu… rasa tu sangat dalam.

Sedih, takut, terharu, gembira semua datang serentak, macam buffet perasaan.

Dan anehnya, 23 rakaat waktu tu rasa ringan je. Tak rasa penat langsung, malah nikmatnya lebih manis dari air zamzam campur madu tualang.

Tahun ni, tekad nak mulakan semula.
Azam baru: istiqamah tarawih 20 rakaat di masjid. 

Sempat pesan kat suami,
“Bang, esok kita buka kat masjid la. Tapi saya bawa lauk dari rumah, takut menu masjid tak cukup. 



Persiapan fizikal dan mental pun dah buat.
Telekung baru warna biru, beli dengan Syikin masa hujung bulan lepas. Baju kurung pun baru. Semangat nak hidupkan Ramadan sungguh-sungguh tahun ni.

Tapi... masuk malam kedua… boom!

Bunyi kuat dekat tangga masjid. Macam nangka masak jatuh.
Spoiler: aku yang jatuh.

Ingatkan satu anak tangga, dua rupanya.
Tergolek slow motion, nasib baik tak terus buat split.
Dua-dua kaki rasa macam tercabut, sakit bukan main.
Suami datang bantu, aku pulak menangis terharu + sakit + malu.
Rasa macam puteri beradu… tapi versi lumpuh sekejap.

Jadi malam ni, MC dulu.
Kaki kena rehat.
Hati tetap semangat.

Semoga esok aku boleh kembali sujud di saf yang sama, dengan telekung biru yang belum sempat beraksi penuh.

Dan semoga Allah terima ibadah puasa kita semua, ampunkan dosa-dosa kita yang lalu, serta beri kekuatan kaki (dan semangat) untuk terus berjihad setiap malam Ramadan.

Amin ya Rabbal ‘Alamin.
P/S: Jangan pandang rendah pada anak tangga. Nampak pendek, tapi boleh runtuhkan keyakinan seorang wanita. 😅


Comments