Rezeki Anak-Anak, Kereta Pertama Jadi Kenangan Terindah

Hari ni pergi kerja bawa si Kancil. Saja nak test power sebelum serah pada abang Aiman. Beli untuk kemudahannya nak pergi belajar atau kerja. Bila pegang stereng kancil semula, terus terimbau memori lama. Hati rasa sebak.

Kancil manual yang "power reng" kereta pertama che kak. Masuk anak tiga baru merasa ada kereta sendiri. Itupun hasil titik peluh dan bantuan suami yang tolong bayarkan duit muka. Terima kasih encik suami, kerana bini akhirnya merasa juga bawa kereta brand new walaupun kecil dan manual  sampai lenguh bahu dibuatnya. 😅


Kenapa gigih sangat nak ada kereta masa tu? Sebab rindu anak-anak. Mereka duduk jauh dari mata, dan che kak nekad nak tinggal bersama. Walaupun dulu tak kisah pun pergi kerja jalan kaki, walaupun hari-hari kena kejar dengan angsa bermata kelabu 🪿, tapi perasaan seorang ibu lain macam. Bila rindu anak, segala ketakutan boleh ditolak ke tepi.

Dulu juga tak rasa susah sangat tak ada kereta sebab ramai staf baik hati tumpangkan che kak ke sana sini. Termasuk arwah Abe Zu, pemandu yang banyak berjasa. Al-Fatihah buat arwah. Tapi bila rindu semakin kuat, Che Kak tekad belajar bawa kereta walaupun hampir setahun baru lulus lesen!

Lepas dapat lesen dan kereta Kancil baru, che kak terus bawa dari Pasir Mas ke Kuala Krai pada waktu malam, hujan lebat, jalan gelap. Takutnya hanya Allah yang tahu. Tapi demi anak-anak, che kak gagahkan juga. Bila sampai dan nampak senyuman si abang Ahyad, terus rasa semua penat dan takut tu hilang. Sayu sungguh.

Dari situ, hidup mula berubah perlahan-lahan. Dapat duduk rumah baru, rezeki makin luas. Anak pun bertambah dari setahun ke setahun (hehe), dan akhirnya tukar kereta ke Myvi kelabu untuk keselesaan anak-anak juga.

Bila tengok sekarang, rasa syukur sangat. Anak-anak hari ini jauh lebih bertuah. Belum habis sekolah menengah dah dapat lesen abi korang bayarkan. Abi juga belikan motor dan kereta, supaya anak-anak senang nak belajar, pergi balik kampus atau tempat kerja.

Anak-anak, sentiasalah bersyukur dengan apa yang ada. Jangan membazir beli kenderaan yang melebihi keperluan. Utamakan yang penting dulu. Rezeki ni luas, tapi kena tahu jaga, tahu syukur.

Kereta mungkin kecil, tapi cerita di sebaliknya penuh besar maknanya.


Comments