Bukan Soal Ringan atau Berat, Tapi Tanggungjawab

Hari ni fokus pada laporan ABT.

Macam budak tadika yang baru dapat buku ABC tak laju, tapi slowly but surely.

Sebelum ni? Jujurnya, che kak tak berapa ambil peduli. Tapi kali ini, che kak cuba betul-betul beri tumpuan.

Selagi belum ditukar portfolio, dan harapnya tak ditukar unit lagi, che kak nak buat elok-elok.


Mujur ada Cik Ty, yang sangat penyabar orangnya.

Empat juta kali che kak tanya, walaupun soalan tu kadang-kadang boleh jumpa sendiri dalam garis panduan.

Tapi begitulah bila kita baru belajar, kita jadi ragu. Kita perlu orang yang sabar dan tak menjatuhkan bila kita tanya berulang-ulang.


Masa garis panduan ABT baru keluar dulu, che kak masih “horey-horey” dengan portfolio Unit Komuniti.

Seronok dengan aktiviti lapangan, engagement, program sana sini.

Bila tukar portfolio, baru che kak sedar tak ada pun kerja yang “ringan”.

Setiap unit ada cabaran masing-masing.


Kadang-kadang kita fikir kerja orang lain senang  sebab kita tak pernah duduk tempat mereka.

Hakikatnya, setiap tugas hakiki ada tekanan mental dan fizikal.

Kena korbankan masa, kena belajar benda baru, dan kena adapt cepat. 



Kerja yang duduk depan PC dari pagi sampai petang, penatnya bukan boleh ukur dengan tali inci.

Sama saja macam kerja yang berulang-alik turun naik pejabat.

Ada pula kerja yang perlukan kita hadap kerenah birokrasi  penatnya lain pula.


Dan kita tiada hak menilai kerja unit lain,

kalau kita sendiri tak pernah baca SOP mereka, tak pernah duduk sekejap dalam kasut mereka.


Che kak belajar satu perkara:

Kadang-kadang kita bukan perlu jadi pakar pun untuk faham kerja orang lain cukup dengan ada empati.

Terima kasih buat yang banyak membantu che kak faham dan belajar.

Semoga kita semua terus sabar dan ikhlas dalam bekerja, walaupun penat dan cabarannya bukan sedikit.


Kalau anda pun tengah struggle dengan kerja yang baru, ambil masa. Tak apa lambat, asalkan kita terus belajar. Yang penting, jangan bandingkan penat kita dengan orang lain kerana semua kita sedang cuba bertahan dengan cara masing-masing..

Comments