Siri 3 – Pengalaman Dikuarantin di PKRC (Sambungan)

Apa yang Che Kak kongsikan ini hanyalah pengalaman peribadi. Tidak mewakili mana-mana individu atau jabatan.


Setiap hari, Che Kak akan bangun awal dan mandi sekitar jam 5 pagi. Waktu itu pun, ramai dah beratur nak masuk bilik air. Sementara tunggu waktu Subuh, ramai juga yang ambil peluang untuk solat tahajjud dan solat sunat lain. Ada yang mengaji Al-Quran, tenangkan hati di awal pagi.


Lepas solat, Che Kak akan amalkan makan:

Madu

Pati delima manggis

Bee propolis

Vitamin C


Selepas itu, Che Kak akan jemur pakaian di tempat yang disediakan. Nasihat Che Kak, bawalah hanger lebih jimat ruang dan mudah untuk orang lain jemur juga. 


Pernah terfikir nak jemur malam, tapi seorang makcik tegur, katanya "tak elok jemur malam, nanti berembun boleh kena penyakit kulit". Che Kak pun akur, hormat pada nasihat makcik tu.


Lepas jemur, kadang-kadang Che Kak terlelap sekejap sambil tunggu sarapan sampai.


Menu sarapan bukan biasa-biasa, nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk, nasi lemak. Kadang-kadang habis, kadang-kadang tak, sebab takde selera. Tapi tetap makan juga, sebab nak tenaga untuk hari tu.


Lepas sarapan, giliran untuk cek kesihatan oleh petugas kesihatan. Kami semua beratur dengan sabar. Alhamdulillah, tekanan darah dan oksigen Che Kak normal. Cuma sesekali ada rasa berdebar-debar, tak pasti sebab apa.


Ubat diberi ikut simptom:

Paracetamol

Ubat selesema

Ubat batuk

Ubat sakit tekak

Kalau ada kes kesihatan yang serius macam oksigen menurun atau sesak nafas, akan terus dihantar ke hospital.

Sejujurnya, sepanjang di PKRC, Che Kak banyak tidur. Takde semangat nak buat kerja, walaupun hanya kerja online. Pernah juga join kursus online 2 hari, tapi sekadar on je – tak beri perhatian pun. Nak cukupkan syarat kehadiran je.

Sampai sini dulu ya, nanti Che Kak sambung lagi.




Comments