Apa yang Che Kak kongsi ini hanyalah pengalaman peribadi sahaja. Tak mewakili mana-mana individu atau jabatan.
Makan, tidur, makan, tidur, makan, tidur. 😂
Itulah rutin harian Che Kak sepanjang di PKRC. Hidup dalam "loop" yang sama setiap hari tapi nak buat macam mana, itu je aktiviti yang ada!
Che Kak perasan juga, menu makan tengahari dan malam banyak yang bergaya masakan Siam. Mungkin sebab PKRC ni dekat dengan Rantau Panjang, dan kemungkinan tukang masaknya orang sana juga. Menu memang sedap-sedap walaupun tak semuanya Che Kak makan habis.
Waktu petang, biasanya dapat roti, sandwich, dan air kotak. Kadang-kadang ada juga sedekah makanan, jadi memang tak lapar. Itu belum kira makanan yang bawa sendiri.
Ada juga yang order makanan luar, mungkin nak ubah selera.
Alhamdulillah, walaupun Che Kak hilang deria bau, tapi deria rasa masih ada. Kalau hilang dua-dua, memang tak tau nak cakap macam mana la nak telan nasi 😂
Syukur, kawan-kawan dan adik Che Kak pun rajin hantar makanan, dapatlah rasa:
Rendang dan nasi himpit
Biskut
Pisang
Kek lapis Sarawak
Roti kelapa pandan (yang ni memang syok!)
Tapi takde la makan sorang-sorang. Che Kak share dengan jiran-jiran sebelah juga. Sama-sama rasa.
Che Kak banyak minum air masak, dalam 2–3 botol sehari. Selain supplement sendiri, Che Kak juga makan supplement HPA yang kawan-kawan seuniversiti sponsor. Alhamdulillah, sangat membantu.
Che Kak mandi kerap juga walaupun tak tau la badan berbau ke tak, sebab takde deria bau! 😂 Tapi yang paling Che Kak ingat masuk tandas takde bau langsung! Macam masuk tandas 5 bintang. Orang lain makan petai pun tak kisah, sebab tak bau langsung! 😅😂
Tandas memang bersih, jumlah pun banyak dan cukup untuk penghuni. Walaupun ramai kanak-kanak, takde pula pampers merata-rata, semua buang di tong sampah yang disediakan. Ada juga pesakit yang rajin, tolong cuci tandas, jadi kebersihan memang terjaga.
Ok, sambung lagi nanti ya.
Comments
Post a Comment