Lega hari ni dah selesai sesi audit ISO secara Google Meet. Beberapa hari sebelum tu, memang Che Kak bertungkus-lumus siapkan dokumen dan fail untuk dihantar kepada juruaudit. Lepas selesai, sempat sembang sekejap dengan jiran bilik depan. Rehat sikit sementara nak sambung duty kaunter.
Nak sambung balik la pengalaman Che Kak di PKRC...
Down. Lemau. Takde mood.
Sepanjang berada di sana, Che Kak memang betul-betul rasa lemah semangat. Padahal banyak masa terluang, boleh je guna untuk tulis blog, buat bisnes, sambung kerja online. Tapi itu semua sekadar angan-angan.
Dah paksa diri, tapi corona ni betul-betul ‘tutup pintu hati’ Che Kak. (Salahkan corona la pulak kan? 😂😂)
Sampai left grup ofis sebab tension bila ada yang tak siapkan kaji semula dokumen. Lepas membebel, terus left 😂. Nasib baik bos faham situasi – tempoh bertenang, kata orang.
Gais, tolong jangan paksa diri.
Jaga diri. Jaga hati.
Itu paling penting semasa proses pemulihan. Fokus lawan COVID dulu.
Masuk kerja balik je, terus kerja berlambak menunggu. Macam tak pernah cuti langsung 😂
Luaran nampak sihat, tapi dalam hati Allah je yang tahu. Kita pun tak tau apa virus tu buat dalam badan. Benda tak nampak. Kadang-kadang Che Kak terbayang macam game Pacman – makan apa saja yang ada depan dia 😂
Setiap kali buka media sosial, mesti nampak berita orang meninggal dunia sebab COVID, termasuk yang muda-muda. Mana la Che Kak tak risau 😭
Tapi Alhamdulillah, sokongan dari kawan-kawan dan keluarga sangat membantu.
Kadang-kadang satu ayat WhatsApp pun cukup buat Che Kak rasa disayangi:
"Eh... ramai juga kawan aku rupanya!" 😂
Terima kasih uols atas:
Doa
Kiriman makanan
Kata-kata semangat
Sokongan emosi
Che Kak sangat hargai. ❤️
Kebetulan pula, PKRC ni terletak di daerah tempat kerja lama Che Kak.
Alhamdulillah, kawan lama, Rosli Noh dan geng dia, sudi bantu macam-macam.
Semoga Allah sahaja yang balas kebaikan mereka. Terima kasih korang!
Oh ya, tadi ada soalan dari kawan:
"Masa Che Kak kat PKRC, siapa urus anak-anak? Makan minum, urusan harian semua tu?"
Haa… nanti Che Kak sambung ya.
Bab kata kawan Che Kak – “2 minggu kuarantin, banyak siri la kena hadap” 😂
Nantikan sambungan seterusnya. Siri 7 coming soon!
Comments
Post a Comment