Throwback: Kisah Seorang Isteri Muda yang Derita Masalah Mental

Sayang seribu kali sayang...

Di usia awal 30-an, seorang isteri telah disahkan menghidap masalah mental. Bukan disebabkan trauma besar, bukan kerana kes kemalangan, tapi... tekanan dari dalam rumah tangga sendiri. Sumbernya? Konflik yang berlarutan dengan ibu mertua dan kakak ipar.

Che Kak tak pasti kategori penyakit mental yang dihidapinya. Mungkin antara yang disebut oleh pakar:

  • Organic Mental Disorder
  • Skizofrenia
  • Paranoid
  • Mood Disorder (seperti depresi atau bipolar)
  • Psychotic Disorder seperti Schizoaffective Disorder atau Persistent Delusional Disorders

Nak tahu lebih, kena tanya pakar psikiatri. Kita ni ilmu setakat Google je, kan?

Konflik Dalam Keluarga Mertua – Kecil Tapi Makan Dalam

Menurut si suami, isterinya kerap bergaduh dengan ibu mertua dan kakak ipar. Bayangkan hari-hari bergelumang dengan emosi, tekanan, dan rasa tak dihargai.

Kita sebagai menantu... Kita ada hak untuk hidup bahagia dengan cara kita. Tak perlu jadi seperti mereka semata-mata nak ambil hati. Jadilah diri sendiri. Kalau kena pura-pura jadi orang lain untuk diterima, itu bukan bahagia... itu beban jiwa.

Kita sebagai ipar... Tak perlu nak banding-banding. Tak semua orang dibesarkan dengan cara yang sama. Kita semua ada latar belakang dan keunikan sendiri.

Cinta Suami Tak Menjamin Restu Keluarga

Walaupun suami mencintai isteri sepenuh hati, tak semestinya keluarga mertua akan sayang kita sama.
Cinta tak boleh dipaksa.
Tapi... kita boleh kawal bagaimana kita bertindakbalas. Bila disakiti, jangan biar hati terus membusuk. Tukar racun jadi ubat. Tukar sakit hati jadi kekuatan diri.

Gambar sumber powermind.com

Perkara Kecil Yang Makan Dalam

Contoh?

  • Mertua tak nak makan masakan kita. Kecil hati? Mestilah. Tapi cuba fikir begini: Itu bukan rezeki dia. Rugi dia tak rasa.
    Masak banyak? Sedekah pada jiran. Jiran seronok, kita pun tenang.

  • Balik kampung mertua, tapi menantu dibiarkan lapar.
    Tak disediakan makanan. Kecil hati? Of course.
    Che Kak nasihatkan: sebelum sampai rumah mertua, singgah makan dulu. Atau bawa bekal, makan kat masjid pun boleh. Jangan bagi perut kosong, nanti hati pun cepat panas.

  • Tak selesa nak masak di dapur mertua.
    Takut salah potong bawang pun kena tegur. Kalau kena juga, jawab je elok-elok:
    "Arwah nenek saya ajar potong macam ni, mak."
    Simple, lembut tapi bermakna.

  • Nak tidur siang pun rasa serba salah.
    Sebelum lelap, cakap dulu:
    "Mak, saya nak tidur kejap ya. Penat semalam anak tak tidur."
    Supaya orang tak salah sangka kita pemalas.

Kesimpulannya… Jaga Diri, Cipta Bahagia Cara Kita

Banyak perkara kecil, tapi kalau kita telan hari-hari, boleh jadi trigger kepada tekanan jiwa.
Dan bila tekanan tu tak terluah... mental jadi mangsa.

Ingatlah:

  • Bahagia itu kita yang ciptakan.
  • Hormat mertua, walaupun kasih itu belum sampai.
  • Suami, kalau isteri mengadu, dengar dulu. Tak perlu terus nak 'backup' keluarga sendiri. Kadang-kadang isteri cuma nak meluah.
  • Mertua, menantu kita juga ada mak ayah. Jangan layan mereka seolah-olah tak ada sesiapa.

Kalau pun dia bukan pilihan kita... ingat, jodoh anak kita ditentukan oleh Allah.

Semoga kisah ini jadi iktibar.
Kalau ada yang sedang alami tekanan sebegini, tolong dapatkan bantuan. Jangan malu minta tolong. Jangan malu jaga mental sendiri.

Kita berhak untuk hidup tenang. ❤️

Comments