Kita tidak perlu menzahirkan rasa kesian kepada perogol yang telah disabitkan kesalahan kerana ia membawa implikasi moral dan sosial yang berbahaya.
Empati seharusnya diutamakan kepada mangsa yang menanggung trauma fizikal, emosi dan psikologi sepanjang hayat.
Apabila simpati dialihkan kepada pesalah, penderitaan mangsa seolah-olah diperkecilkan.
Rogol bukan kesilapan kecil atau terlanjur. Ia adalah jenayah serius yang melibatkan paksaan, penyalahgunaan kuasa dan pencabulan maruah.
Menyemai rasa kesian terhadap pesalah berisiko menormalkan atau meremehkan jenayah seksual.
Naratif seperti "kesian, hidup dia hancur” juga boleh melemahkan keberanian mangsa lain untuk tampil kerana ia memberi isyarat bahawa sistem dan masyarakat lebih cenderung bersimpati kepada pesalah berbanding mempercayai mangsa.
Dalam kes rogol yang telah disabitkan, wajar dikenakan hukuman yang setimpal.
Empati dan sokongan perlu difokuskan kepada pemulihan mangsa bukan kepada pesalah yang telah memilih untuk mencederakan orang lain.
Comments
Post a Comment