Akibat Tidak Menjaga Integriti

Hari ini menerima diari baharu dan sangat teruja. 


Warna diari ini paling cantik sejak ku dalam perkhidmatan bertahun lamanya.


Seolah-olah mengingatkan bahawa setiap tugasan perlu dilaksanakan dengan tertib dan amanah tanpa noda.


Di sinilah akan dicatat tugasan hakiki, minit mesyuarat, amanat ketua dan kursus yang dihadiri kerana kita mudah lupa.



Tanamkan dalam diri untuk menjadi penjawat awam yang berintegriti dan tidak salah guna kuasa.


Rasuah jangan sesekali didekati kerana sangat bahaya.



Kekayaan yang datang dengan cara salah nikmatnya hanya sementara.


Tetapi kejatuhan akibat khianat akan dikenang sehingga kiamat tiba.


Sekali tersungkur, walau jasad tertanam tujuh hasta, nama tetap disebut dengan cela.


Ambillah iktibar daripada kes-kes yang telah dijatuhkan hukuman penjara. 


Malu yang ditanggung dan penyesalan sering hadir setelah segalanya hilang sekelip mata.


Semoga diri ini terus kuat memegang prinsip amanah dan maruah dipelihara.

Comments