Ada Apa Pada Tahun Baru 2026?

Tahun Baru 2026, che kak memulakan tugasan di kaunter pada waktu pagi.


Alhamdulillah, urusan hari ini dipermudahkan tanpa sebarang drama.


Itulah kepuasan sebagai petugas kaunter. 


Sentiasa mengingatkan diri agar tidak beremosi.


Orang bertanya, kita jawab.

Perlu borang, kita beri.

Hantar borang, kita semak.



Ya Allah, semoga hari-hari mendatang urusan dunia dan akhirat kami semua dipermudahkan serta diberkati-Mu.


Mendengar dan menyaksikan kisah masyarakat membuatkan che kak sentiasa rasa bersyukur dengan rezeki yang ada.


Jangan melihat apa yang kita tiada.


Jangan sesekali membandingkan hidup kita dengan orang yang lebih bernasib baik.


Apabila kita asyik memandang orang yang lebih, kita akan mudah lupa untuk bersyukur dengan apa yang ada.


Tanamkan rasa cukup dalam diri.


Dan jika kita berhadapan dengan orang yang sentiasa mahu menang, tinggalkanlah.


Tiada guna berdebat kerana menang akhirnya akan menjadi abu.



Comments