Baru nak tarik selimut lepas subuh tadi. Afnan suruh masak spageti. Walaupun terasa malas nak bangun tapi tak sampai hati. Tadaaaa siap juga sebab kita nak jadi ibu mithali.
Alang-alang bancuh nescafe. Sekali air panas belum panas lagi. Berketul-ketul serbuk nescafe. Panaskan bancuhan air dalam kuali. Sebab malas nak ambil kendi. Harap-harap tak terasa pedas cili.
Bawa pula anak dara untuk ujian komputer hari ini. Nanti dapat lesen boleh pergi kedai eco sendiri. Setiap kali pergi amaun dalam bank semakin kurang baki.
Banyak lagi kerja rumah menanti. Tengoklah mood macamana kot tak jadi. Maklumlah mak nak me time setiap hari.
Semalam demam terpaksa cuti. Ikutkan kerja memang banyak setiap hari. Pandai-pandailah nak atur urus masa kita setiap hari. Kita buat kerja kerana amanah yang diberi. Bukan kerana untuk tunjuk hebat sekali.
Comments
Post a Comment