Keberkatan dalam Pencarian

 Tazkirah Pagi

Penceramah:  USTAZ MUA'AZ BIN HASSAN

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam

Bahagian Dakwah, JAHEAIK 


24hb Ogos 2025 (Ahad)


📌 Intipati Tazkirah Pagi ni

Tajuk: Keberkatan dalam Pencarian


1. Tanda Keberkatan dalam Hidup


Orang yang banyak menghabiskan masa untuk memberi manfaat kepada orang lain.


2. Keberkatan dalam Mencari Ilmu


Menjaga tutur kata dan adab terhadap guru.


3. Keberkatan dalam Amalan Seharian


Mengamalkan apa yang dipelajari.


4. Keberkatan dalam Pekerjaan


Waktu bekerja semua sama (8 jam sehari), tetapi ada yang mampu siapkan tugasan dengan baik, ada pula yang tidak. Bezanya adalah keberkatan masa.


Antara punca hilang keberkatan: banyak membuang masa ketika waktu bekerja dengan melayari media sosial (TikTok, Shopee, movie dan lain-lain).


📖 Maksud Keberkatan


Sesuatu yang berkekalan dan memberi manfaat dalam amalan seharian.


🌿 Teguran dalam Hidup


Kadang-kadang Allah hadirkan seseorang untuk menegur kita. Terima teguran dengan hati terbuka.


⚖️ 2 Sebab Rezeki Rasa Tidak Mencukupi


1. Tiada rasa cukup dalam diri (kurang qana’ah).


2. Rezeki/gaji sepadan dengan usaha dan kerja yang dilakukan.


✅ Kesimpulan:

Mari sama-sama ambil pengajaran daripada tazkirah ini. Perbaiki amalan seharian kita agar hidup lebih diberkati





Comments