Seronok tengok ma gembira dengan aktiviti beliau sekarang.
Sebagai anak, Che Kak rasa tak mampu nak balas jasa dan pengorbanan Ma selama ini.
Kadang-kadang, terkeluar juga tegasnya seorang "Kak Long kawasan" bukan kerana marah, tapi kerana mahu ma kuat dan tidak terpengaruh dengan anasir negatif.
Ma sejak dulu memang hidup susah. Sepanjang bergelar isteri, beliau banyak berkorban, berniaga, menjahit, buat apa sahaja untuk tambah rezeki keluarga.
Ingatkan bila ayah nak bersara, ma akan dapat merasa hidup senang.
Tapi jodoh mereka terhenti. Walaupun kita tahu jodoh di tangan Tuhan, asbabnya tetap kerana orang ketiga.
Tak mengapa… biarlah mereka berbahagia dengan cara mereka.
Ma bawa diri ke Johor. Lepas itu balik kampung untuk jaga orang tua.
Kadang Che Kak geram sebab orang sekeliling memperlakukan ma macam tiada nilai.
Mentanglah ma tiada siapa, mudah benar diperlakukan seperti hamba.
Ma jaga arwah nenek seorang diri. Tapi bila orang lain sekadar datang melawat, hulur beras sekampit, sudah mengungkit macam merekalah paling banyak berkorban.
Sampai sanggup putus hubungan hanya kerana duit yang tak seberapa.
Sedangkan penat lelah ma langsung tak diendahkan.
Ada besan pun, tetap memilih besan. 'Bias'. Kalau ma sakit, tiada pula yang datang menjenguk.
Ma… cukuplah fikir masalah dunia.
Fokuslah pada diri sendiri, bekalan untuk ke sana nanti.
Carilah ilmu, carilah aktiviti yang dapat memberi ganjaran untuk diri sendiri.
Comments
Post a Comment