Walaupun rumah sudah menjadi milik kita, tidak dinafikan akan ada modal tambahan yang perlu dikeluarkan untuk kerja-kerja baik pulih dan ubah suai mengikut citarasa sendiri.
Selain itu, ada juga bahagian yang mungkin perlu dibaiki kerana sudah lama tidak diselenggara.
Antara kos yang perlu kami sediakan ialah:
1. Ubah Suai Struktur
Pecahkan pagar tengah untuk akses lebih mudah tanpa perlu melalui pintu pagar utama.
2. Baik Pulih Kerosakan
Ganti atau baiki bahagian rosak seperti siling, pintu dan komponen lain yang sudah uzur.
3. Ubah Suai Mengikut Citarasa
Pasang cermin tingkap atau kemasan baharu yang lebih menarik dan sesuai dengan gaya yang diinginkan.
4. Kos Pembersihan
Beli peralatan seperti penyapu, plastik sampah, sabun, dan bahan pencuci.
Kos minyak kereta untuk ulang-alik ke pusat pembuangan sampah.
Upah syarikat pembersihan sekiranya tiada masa untuk membersihkan sendiri.
Kesimpulannya, walaupun urusan jual beli rumah sudah selesai, menyediakan bajet tambahan untuk baik pulih, ubah suai dan pembersihan sangat penting supaya rumah benar-benar selesa dan siap diduduki.
Untuk bacaan penuh, Che Kak telah kongsikan semua entri di blog hasliza.net. Entri asal di Facebook diset sebagai Only Me, namun anda tetap dialu-alukan singgah ke blog untuk membaca perkongsian lain yang mungkin bermanfaat.
Penafian: Catatan ini merupakan perkongsian pengalaman peribadi semata-mata. Ia tidak mewakili pandangan atau pendirian mana-mana individu, jabatan, agensi kerajaan, atau organisasi swasta.
Comments
Post a Comment