Kerja atau Tak, Itu Pilihan Individu

 Aduhai, terkejut badak che kak baca status ini. Setiap wanita lain-lain cerita, lain-lain keperluan, lain-lain tujuan. Jangan la kita main pukul rata, pakai teka dan hukum orang 'bodo' ikut suka.


Pilihan bekerja atau tidak bekerja adalah hak individu.


Motif bekerja boleh jadi kerana tuntutan agama, keperluan ekonomi, sumbangan kepada masyarakat atau pembangunan diri.


Pilihan untuk tidak bekerja juga  patut dihormati sebab ia satu bentuk pengorbanan dan fokus kepada rumah tangga.


Setiap pilihan ada pengorbanan dan nilainya. Jangan mudah menghakimi.


Hidup akan lebih tenang bila kita belajar menghormati jalan cerita orang lain.




Comments