Siri 11: Proses Selepas Dapat Kunci Rumah – Tukar Nama

Marathon menulis kisah beli rumah masih belum tamat. Che kak bukan nak menunjuk, jauh sekali nak riak. Tapi ini adalah catatan kenangan peribadi  diari hati seorang penulis blog yang suka berkongsi cerita. Mana tahu kisah che kak ni boleh bantu orang lain yang sedang lalui fasa yang sama.


Alhamdulillah, nama dah ada dalam geran! Perasaan bila tengok nama sendiri dalam geran, memang rasa macam mimpi. Walaupun hakikatnya, hutang baru bermula dan panjang tempoh masanya. Dapat kunci rumah, satu fasa dah selesai tapi banyak lagi urusan menyusul lepas tu.


Semalam che kak cuti, bukan semata-mata untuk rumah tapi juga kerana ada urusan dengan Ma. Bila ada peluang cuti, kita manfaatkan sepenuhnya untuk urusan keluarga dan urusan rumah.


Urusan-urusan Selepas Dapat Kunci Rumah

1. Urusan TNB (Change of Tenancy – CoT)

Suami che kak yang uruskan proses tukar nama untuk akaun TNB. Semuanya dibuat secara online, sangat mudah dan efisien. Bayaran dikenakan sebanyak RM713 termasuk deposit baru dan caj berkaitan.


2. Tukar Nama Cukai Pintu

Diselesaikan di Majlis Daerah. Hanya perlu sediakan salinan geran rumah. Sekali jalan terus buat bayaran cukai pintu RM29.40. Senang hati bila semua selesai.


3. Semalam tukang rumah pun dah pecahkan pagar batu yang selama ini memisahkan rumah kami. Pagar tu akan jadi laluan ‘shortcut’ kami keluar masuk rumah tanpa guna pintu pagar utama.


4. Tukar Nama Air (AKSB)

Hari ini che kak bercadang nak selesaikan pula urusan dengan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB). Harap semua dipermudahkan.


Walaupun dah masuk siri ke-11 (dengan banyak episod skip 😅), che kak tetap nak teruskan menulis. Sebab setiap langkah dalam proses beli rumah ni sangat bermakna. Dari urusan peguam, pejabat tanah, bank, hinggalah ke tukar nama bil, semuanya satu pengalaman hidup yang tak ternilai.


Kalau ada yang tengah lalui proses sama, semoga perkongsian che kak ni dapat beri sedikit sebanyak panduan dan kekuatan. 


Penafian: Catatan ini merupakan perkongsian pengalaman peribadi semata-mata. Ia tidak mewakili pandangan atau pendirian mana-mana individu, jabatan, agensi kerajaan, atau organisasi swasta.



Comments