Hari ini berjaya juga selesai sisihkan barang-barang seperti baju, buku dan peralatan dapur.
Baju-baju masih elok dan baru lagi, jadi kami asingkan untuk disedekahkan. Buku-buku pula si ulat buku anak kawan suami dah pilih mana yang nak disimpan.
Pinggan mangkuk, periuk belanga pun masih elok. Sayang pula nak buang, jadi che kak simpan untuk kegunaan harian nanti.
Daripada banyak-banyak barang, beg rotan yang paling che kak berkenan maklumlah, che kak memang minat barang jenis rotan. Mesin urut kaki pun masih elok.
Ada juga peralatan, terutamanya tray buat biskut raya banyak pula tu. Che kak termenung nak bagi pada siapa, sebab che kak memang tak pandai dan tak berkerajinan nak buat biskut raya.
Sekarang, tak sabar nak tunggu rumah siap dibaiki. Che kak nak letak perabot asas sahaja biar kemas, ringkas dan mudah jaga.
Semua barang ni sebenarnya milik keluarga tuan rumah asal, yang dah serahkan kepada kami untuk uruskan ikut suka. Nak buang sayang, tapi nak bawa ke rumah baru, tak muat dah.
Che kak memang kurang gemar menyimpan barang yang jarang digunakan. Jadi, apa yang masih elok, che kak akan sedekahkan kepada sesiapa yang berkenan. Kalau che kak sendiri pun tak tergamak nak pakai, maka lebih baik dibuang.
Itulah konsep sedekah yang sebenar, bukan sedekah barang yang kita rasa semak dalam rumah.
Sebelum sedekah, sebaiknya asing baju ikut kategori. Yang buruk dan orang tak tergamak nak pakai, buang terus.
Selalunya, kalau tempat banjir, ia jadi pusat pengumpulan "sampah" rumah orang. Padahal, kalau ikut logik, orang di kawasan banjir lebih memerlukan baju selesa seperti t-shirt dan seluar panjang bukannya baju kurung atau kebaya tahun 80-an.
Comments
Post a Comment