Terbaca kisah artis injuksi ibunya.
Che Kak tak nak campur urusan mereka.
Cuma terfikir…
Anak kecil pun kita tak sanggup pukul, apatah lagi anak yang dah besar dan ada hidup sendiri.
Tergamakkah kita, sebagai ibu, buka aib anak di media sosial?
Tergamakkah kita melabel anak derhaka hanya kerana dia tak mampu ikut kehendak kita?
Melahirkan itu memang sakit. Besarkan anak itu memang susah. Tapi itu amanah, bukan hutang yang kita tuntut sampai mati.
Dalam budaya kita, ibu memang dimuliakan. Tapi itu tak bermakna ibu bebas bertindak tanpa memikirkan kesan.
Dalam Islam, kedudukan ibu tinggi namun amanah menjaga maruah, keadilan, dan kasih sayang tetap wajib dijaga.
Kalau anak balas jasa tanpa diminta syukur Alhamdulillah. Kalau dia tak mampu, doa kita tetap sampai.
Kasih ibu tak patut bersyarat. Kalau kita sanggup memaafkan kawan, kenapa hati keras pada darah daging sendiri?
Ibu itu pendidik dan pembimbing bukan penghukum di khalayak.
Kadang, diam dan doa jauh lebih mujarab daripada membuka pekung di ruang umum.
Aib yang dijaga, boleh jadi pintu hati yang tertutup kembali lembut.
Kalau kita nilai dari sudut emosi seorang ibu, mungkin tindakannya lahir dari rasa kecewa, marah, atau rasa “hilang” anak sendiri.
Tetapi dari sudut hikmah dan kesan jangka panjang, membesarkan isu ke khalayak dan menyerang secara terbuka sangat tidak wajar.
Kenapa?
Aib keluarga jadi tatapan umum bukan saja memalukan tapi menutup peluang berdamai.
Mengundang tafsiran yang salah kerana orang luar hanya nampak separuh jalan cerita.
Menggugat peluang berdamai kerana kata-kata keras boleh membuat hati anak semakin tertutup.
Berisiko tindakan undang-undang seperti kes Anna Jobling, kenyataan terbuka boleh jadi asas injuksi.
Akhirnya, ibu tetap ibu. Tetapi maruah dan hubungan kekeluargaan adalah amanah bersama. Kita tidak rugi memilih diam dan mendoakan yang baik.
Comments
Post a Comment