Beberapa hari ni tak sempat sambung cerita #MyFirstHouseBuyingExperience . Masih dalam proses baik pulih ruang dalam dan luar rumah.
Hari ni sempat tengok pekerja gaul simen dan turap lantai luar. Tak sangka luas juga kawasan rumah bila dah dibuang pagar.
Hari ni juga ambil peluang beli lampu baru untuk ganti yang lama. Nasib baik suami pandai pasang sendiri, jimat kos upah.
Sempat juga beli cat untuk rumah yang kami duduk sekarang. Bila pagar lama dah dibuka, makin jelas nampak rupa rumah yang agak suram. Lepas cat nanti, harap-harap naiklah serinya.
Che kak gurau, “Cantik la nanti rumah abang.” Suami terus balas, “Takdok doh ayat rumoh 'kito', awo dio ado rumoh sendiri doh.” 🥹
Urusan utiliti pun perlahan-lahan selesai:
Akaun TNB tuan rumah lama kena terminate dulu sebelum boleh tukar nama.
Deposit meter air dan tukar nama dengan AKSB dah setel Khamis baru ni. RM105 semua sekali. (Lambat sikit sebab staf bercuti sakit, tapi alhamdulillah selesai juga).
Alhamdulillah, banyak Allah permudahkan urusan rumah ni. Syukur ada kawan-kawan yang baik, ringan tulang tolong follow up pun dah cukup besar ertinya. 💕
Che kak bercadang nak jadikan rumah ni sebagai homestay. Dah mula tanya prosedur dengan pihak MDK. Nanti che kak cerita lebih lanjut di episod lain ya… (dah macam drama bersiri pulak 😅).
Penafian: Catatan ini merupakan perkongsian pengalaman peribadi semata-mata. Ia tidak mewakili pandangan atau pendirian mana-mana individu, jabatan, agensi kerajaan, atau organisasi swasta.
Comments
Post a Comment