Sekali sekala scroll TikTok, Facebook, lalu lagi drama kolej pasal budak kena buli. Plot sama je.
Mangsa naif.
Pembuli ada geng.
Kawan mangsa jenis, “Sayang kau, tapi sorry sis… aku takut.”
Senang pancing emosi penonton. Kita marah, kita kesian, kita tunggu hero datang.
Masalahnya, bila penonton muda tengok, otak mereka kadang terprogram ikut skrip tu.
Mangsa rasa kena tunggu orang lain selamatkan.
Pembuli fikir, “Wah, best jugak bila orang takut aku.”
Hello… buli ni bukan props untuk buat babak sedih-sedih.
Kalau nak buat cerita buli, buat betul-betul. Tunjuk jalan cerita,
Apa jadi bila mangsa report.
Cikgu cekap ambil tindakan, bukan tutup fail.
Ibu bapa turun sekolah, bukan tunggu di hospital.
Kawan-kawan rekod bukti, bukan lari sembunyi belakang tiang.
Pembuli kena tanggung akibat bukan insaf lepas lagu sedih.
Kalau jadi penulis skrip selitkan lima benda ni:
1. Guru & Pentadbir Sekolah
peka, tegas, dan tahu prosedur. Tak ada kes “sapu bawah karpet”.
2. Rakan Sebaya sekurang-kurangnya lapor, kumpul bukti, dan sokong mangsa.
3. Ibu Bapa
Bukan cameo marah-marah di hujung cerita. Kena tunjuk proses bincang dengan sekolah & pihak berkuasa.
4. Undang-Undang & Akibat
Bagi nampak pembuli kena tindakan disiplin atau polis. Real, bukan dongeng.
5. Pemulihan Mangsa
Kaunseling, sokongan komuniti, dan mangsa kembali yakin bukan senyum balik sebab jumpa crush.
Kenapa penting?
Bila penonton nampak jalan keluar, mereka:
Tahu buli tak patut jadi perkara biasa.
Yakin ada hak & cara untuk lawan.
Sedar jadi pembuli bukan nampak hebat tapi nampak bodoh bila kena tindakan.
Comments
Post a Comment