💻 21 Tahun Kerja, Tak Pernah Beli Laptop Sendiri 😅
Beberapa hari lepas, che kak teman suami beli laptop.
Teman saja… Tak ambil port pun dia pilih jenis apa.
Che kak pun tak reti nak pilih sebab tak pernah ada keperluan pun.
Masa tu pula, che kak tengah bergayut dengan member bincang masalah negara 🤣
Multitasking la konon… haha!
📱 Kerja Lebih Selesa Guna Telefon
Selama 21 tahun kerja, sebiji laptop pun tak pernah beli sendiri.
📱 Kalau di luar pejabat, che kak lebih selesa guna telefon saja.
Sistem eBantuan (SPBK) dulu memang intranet-only,
sekarang dah boleh akses di mana-mana asalkan ada internet.
Kadang-kadang, taip laporan aduan pelanggan pun guna telefon.
Kalau guna komputer… rasa macam blank je. Idea tak sampai.
🖥 Kerja Di Pejabat, Hidup Di Rumah
Di pejabat, komputer dah tersedia.
Jadi buat kerja waktu kerja je.
Balik rumah? Auto malas nak buka fail kerja.
Kalau ada urgent pun, che kak lebih rela pi ofis walaupun hari cuti.
Sebab kat rumah, mode otak bercuti terus 🥴.
📲 Taip Content Pun Dalam Bele-Bele Sempoi
Kalau che kak taip content untuk blog atau Facebook,
santai sahaja…
📱 Guna telefon, sambil-sambil bele-bele tunggu tok laki balik dari masjid.
Kadang baru taip dua baris…
"Gedebukkkk!!"
Telefon jatuh atas muka.
Kadang jatuh masuk celah katil.
Akhirnya kena mencangkung cari bawah katil 🤣
Moral of the story?
Tak kisah guna apa laptop ke, telefon ke…
Yang penting buat kerja ikut cara yang buat kita selesa.
Janji siap, janji ikhlas, janji ada hasil. Gittew!

Comments
Post a Comment