Coretan dari dunia syok sendiri
Che kak menulis bukan sebab nak jadi siapa-siapa.
Bukan sebab nak jadi penulis bestseller atau tular sana sini.
Che kak menulis kerana ia terapi diri.
Untuk kenangan, untuk memori.
Untuk hati sendiri yang kadang-kadang rasa sunyi.
Kalau ada yang sudi baca,
Terima kasih daun keladi.
Kalau rasa geli atau tak suka gaya che kak ni,
Scroll je laju-laju… atau tekan saja butang unfollow yang Mark bagi. 😌
Hari ini, anak bongsu che kak genap 9 tahun.
Masih kekal jawatan rasmi sebagai yang paling bongsu dalam keluarga.
Che kak hadiahkan dia lagu Biasan Tokki, tapi si kecil minta lagu Frozen pula.
"Let it gooo, let it goooo..." katanya dengan gaya penuh drama. 😅
Tak apa, dunia anak-anak penuh warna-warni.
Semoga dia membesar dengan penuh kasih sayang, jadi anak soleh, dan kekal dalam pelukan doa umi dan abi.
Nota kaki:
Che kak memang dalam dunia syok sendiri.
Tapi siapa kata tak boleh bahagia dalam dunia tu, kan? 😉
Comments
Post a Comment