Roti Canai, Kopi 7E & Cerita Hari Ini
Hari ini bermula dengan rezeki yang sungguh menyelerakan, abe Jue tebar roti canai panas-panas untuk kami semua. Ada macam-macam jenis roti kosong, telur, sardin, pisang... lengkap pula dengan kuah gulai ayam yang disponsor oleh Piji. Bila dah dapat roti sepinggan, terus lupa pada ‘gu’ dan boss pun belum rasmi lagi masa tu. Kadang-kadang, bahagia itu ringkas saja, cuma roti dan kawan-kawan.
Pagi ini juga che kak cuba kopi dari 7E. Hilir kei tu… walaupun duit OT belum masuk, tapi kopi tetap jadi pilihan. Kenyang perut, senang hati. Tapi tanggungjawab tetap berjalan. Mata dah mula layu, tapi kerja tak menunggu.
Kenyang perut suka hati. Lepas tu tetap kena buat kerja walaupun mata dah lali.
Kenyang perut suka hati. Lepas tu tetap kena buat kerja walaupun mata dah lali.
Rasa lega apabila PPS dah tutup semuanya secara rasmi. Tapi banyak lagi kerja kena buat walaupun tak duty.
Syukur, PPS dah ditutup secara rasmi, lega rasa di dada. Tapi jujurnya, beban emosi dan mental masih terasa. Layan rasa tidak puas hati penghuni bukan mudah. Kena kuat sabar dan bijak emosi. Walaupun tak ‘on duty’, persediaan untuk fasa kedua tetap diteruskan. Doa tak pernah putus, semoga banjir tak datang lagi.
Esok, abang Aiman akan kembali ke universiti. Selama ni jadi pengasuh adik sepanjang umi bertugas. Tahu betapa besar jasanya dan betapa banyak juga modal beli makan adik-adik setiap hari 😅.
Hari ini juga, che kak sempat kongsikan e-book, sekadar suka-suka, untuk simpanan dan kenangan. Cerita ditaip sikit-sikit bila ada masa dan idea datang. Nasib baik suami dah faham… bila tengok muka bini bercahaya di malam hari, maknanya tengah ‘in the zone’.
Terima kasih pada yang sudi baca coretan ini. Setiap kita ada pengalaman yang tersendiri. Hargailah persamaan, raikan perbezaan. Toleransi itu penting kerana kita semua tidak sempurna, dan kita semua bekerja demi rezeki.
Hidup ini sangat singkat… berbanding kehidupan yang menanti selepas mati.
Comments
Post a Comment