Resepi Nasi Ayam Power Tanpa Pewarna, Tanpa Gagal

Resepi Nasi Ayam Kesukaan Che Kak


1. Nasi:

Beras (4 cawan) – cuci bersih

Bahan-bahan dimasukkan terus dalam rice cooker:

Butter 

Bawang putih – diketuk/cincang

Halia – diketuk

Daun pandan

Minyak bijan

Kiub pati ayam

Air rebusan ayam – guna untuk masak nasi

Nota: Tak perlu pewarna kuning – warna asli lebih menyelerakan. Bau wangi menusuk hidung!


2. Sup ayam:

Ayam (boleh letak kaki ayam untuk lebih umph)

Bawang besar – hiris

Bawang putih dan halia – diketuk

Akar ketumbar

Kiub pati ayam

Akhir sekali: Tabur daun sup dan daun bawang sebelum tutup api.


3. Ayam:

Rebus dulu dalam sup tadi

Kemudian gaul dengan bahan perapan:

Kicap manis

Kicap masin

Sos tiram

Minyak bijan

Serbuk rempah

Madu (kalau tak terlupa 😄)

Gaul rata, perap sekejap

Goreng sekejap je – sebab dah masak dalam sup

Kuah kicap ayam ni jangan dibuang! – kuah inilah yang menyedapkan nasi.


4. Sambal:

Lada merah besar

Tomato

Bawang putih

Air rebusan ayam

Cuka, garam, gula

Blend semua, lepas tu masak sekejap atas api


5. Sayur-sayuran segar:

Daun salad

Timun

Tomato

Bukan sekadar hiasan – banyak vitamin untuk seimbangkan hidangan.



Catatan Hati Che Kak ❤️

Dulu nak masak nasi ayam ni rasa macam susah sebab banyak bahan. Tapi bila tengok sendiri Kak Aisyah dan maknya masak, rupanya boleh je buat dengan yakin.

Kali pertama cuba sempena solat hajat nak bersalin anak sulung.

Masih ingat rasa sedap nasi ayam Kak Ramlah masa bermalam di rumah dia.

Dulu kalau nak makan, pergi Tesco atau The Chicken Rice Shop. Tapi rabak juga la poket.

Kini, nasi ayam che kak jadi kegemaran keluarga. Sampai ada anak yang tak sempat nak makan, sebab dah licin!


Kesimpulan:
Tak semestinya kena tunggu rajin baru boleh masak, kadang-kadang bila tekad dan kasih sayang jadi bahan utama, masakan jadi luar biasa. Harap lepas ni penyakit saka malas tu dapat dikurangkan sikit demi nasi ayam power ni! 😄


Comments