Cerita Pasal Jam

Dah lama tak tulis kat muka buku ni. Entah sibuk dengan apa pun tak tahu… malas pun ye jugak. Banyak cerita sebenarnya nak dikongsi, tapi mood menulis tu macam susah nak datang.


Nak cerita pasal jam tangan la kali ni. Dari zaman sekolah lagi, tak tahulah kenapa jam tangan ni “elegik” sangat nak duduk kat pergelangan tangan che kak. Kalau tak hilang, adalah orang pinjam tapi tak pulang. Pernah juga beli kat expo masa konvo USM — pagi beli, belum masuk petang dah rosak. Sungguh tragis!


Memang dah terbiasa hidup tanpa jam tangan. Tapi jangan tak tahu, walaupun tak pakai jam, che kak ni seorang yang sangat menepati masa. Janji tetap janji. Che kak memang kurang gemar orang yang janji tapi tak ditepati. Rasa macam… “eh, awak ingat masa saya tak berharga ke?”


Teringat masa pergi Mekah tahun 2018. Nak tak nak, terpaksa juga beli jam sebab telefon selalu kehabisan bateri. Teraba-raba tak tahu waktu. Tanya kat si Arab, “jam ni berapa harga?” Dia jawab, “mahal.” Che kak tanya balik, “mahal tu berapa?”

Sudahnya tanya, “ada jam harga 50 riyal tak?” — dan beli la juga. Duit pun tak berapa nak ada masa tu. Tapi bila di Mekah, kena jaga kata-kata dan hati. Kadang lintasan dalam hati pun boleh jadi kenyataan.


Che kak pakai jam tu sambil niat dalam hati, “Harap-harap jam ni elok sampai Malaysia.” Elok je jejak KLIA, terus jam tu mati. Tukar bateri pun tak jalan. Aduhai… lepas tu ghaib entah ke mana. Nak buat kenangan pun tak sempat.


Kalau suami bawa gi kedai jam suruh pilih sendiri, memang tak reti nak pilih. Sudahnya, tak terbeli sampai ke sudah. Kadang tengok jam cantik, tapi rasa macam, “Ala… jam je kot. Nak beli mahal-mahal pun sayang.”


Tapi… semalam, Pok Nik offer jam ni hah. Maka, selamatlah dia duduk manis di pergelangan tangan che kak. Setakat ni… masih bernyawa lagi. Hehe.


Comments