Lega Dah Selesai
Lega rasanya bila dah selesai urusan bayaran bantuan sebelum tutup akaun akhir tahun. Fuhh, boleh tarik nafas panjang. Lagi best bila penyelaras bantuan dah kembali masuk kerja selepas beberapa bulan MC. Dah boleh pass baton dan tarik handbrake kejap.
Walaupun dia masih dalam fasa pemulihan, tetap juga gigih urus hal ehwal unit sendiri. Che Kak ni cuma bantu mana yang mampu, jadi pemudah cara je.
Syukur sangat—bos, penyelaras sendiri, anak-anak buah unit bantuan, PT kewangan, dan rakan sekerja lain semua mainkan peranan masing-masing. Terima kasih atas kepercayaan dan kerjasama korang bagi kat Che Kak. 🙏
![]() |
Gambar hiasan sahaja |
Organisasi Bukan Kerja Sorang-Sorang
Dalam mana-mana organisasi, kerja memang tak boleh buat sorang-sorang. Tak boleh rasa syok sendiri seolah kita je yang buat semua. Kadang-kadang orang yang diam tu, kerjanya lebih banyak dari yang bising. Jadi, support each other tu penting.
Level Lemau: Tinggi
Biasanya lepas settle bayaran bantuan bulanan, Che Kak akan masuk fasa lemau. Malas yak amat. Dan kali ni… dah dua hari level lemau belum turun. Hari ni, terus takde mood nak rajin pun. 😂
Minggu depan la kot mood rajin tu mai balik. Sekarang nak “pi main jauh-jauh” dulu. Healing kejap, jangan lama sangat—nanti orang kata makan gaji buta, kita sendiri jugak yang marah. 😝
Mood: Standby Duty Banjir
Hari ni pulak hujan non-stop. Automatik mood masuk “standby duty banjir”. Nampaknya, lepas ni kena tunjuk rajin jaga kawasan banjir pulak. Kalau tak nanti Bro Din kata, "Meta ko sibuk buat PW, tak caro doh ko banjir.” 😝
Penutup: Kadang-kadang kita penat, kadang kita lemau. Tapi kerja tetap kerja. Yang penting, jangan lupa jaga diri, dan hargai teamwork. Kita takkan boleh buat semua benda sorang-sorang..
Comments
Post a Comment