Langkah Pertama di JKM: Kenangan Manis Penuh Cabaran
📅 16 Disember 2002 – Sebuah Permulaan
Setiap orang ada titik mula dalam kerjaya mereka. Bagi Kak Za, tarikh 16 Disember 2002 menjadi sejarah peribadi — hari pertama bergelar warga Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL). Bukan sekadar permulaan kerja, tetapi juga permulaan kehidupan baharu di ibu kota.
🏢 Pejabat yang Disangka Hotel
Melapor diri di Grand Season Avenue, Jalan Pahang, betul-betul depan Hospital Kuala Lumpur. Bila tengok bangunan, hati sempat tertanya: “Betul ke ini pejabat kerajaan?” — nampak macam hotel!
Ditemani ayah, cik (mak tiri) dan menantu cik, kami sempat singgah sarapan tosei. First time makan, tapi terus jatuh cinta! Cik pula, orang Kelantan yang lama duduk Penang — sampai habis hampir 10 keping!
👥 Hari Lapor Diri
Hari itu, tiga orang lapor diri — Kak Za, Kak Marina dan Burn. Kami disambut Pak Cik Kamal di pintu, dan menghadap Tuan Pengarah En. Pillay, seorang yang lembut tutur katanya. Kak Za ditugaskan di Bahagian Perkhidmatan Bantuan (PB), di bawah En. Zuhami — yang kini Pengarah Negeri JKM Terengganu.
🚌 Ulang-Alik dan Malam yang Tak Dilupakan
Mula-mula ulang alik dari Cheras Baru naik bas. Tapi satu malam, balik lambat dan rumah tumpangan berkunci. Panggil-panggil tak berjawab. Akhirnya duduk luar rumah sampai 9 malam, sebelum cari pondok telefon awam. Nasib baik masih berfungsi.
Call adik yang belajar di UiTM Shah Alam, dan kami ‘terperangkap’ bersama di Kg. Cheras Baru. Tak kenal sesiapa, tak tahu nak tuju ke mana. Kami cuba tidur di luar masjid — pintu masjid berkunci. Nyamuk banyak, lori trailer lalu lalang. Seram sejuk rasanya.
🏠 Cari Bilik Sewa & Bantuan Datang
Lepas Subuh, Kak Za pulang ke rumah anak cik, ambil beg dan terus ke kenduri. Sambil makan, tanya Kak Linda pasal bilik sewa. Alhamdulillah, jumpa bilik dekat Vistana Apartment — hanya 5 minit jalan kaki ke pejabat.
Call ayah, cerita semua yang jadi. Ayah terus bank-in duit deposit sewa. Lega sangat. Masalah tempat tinggal selesai.
💸 Gaji Awal Berkat Prihatin
Keesokan harinya, Kak Linda bantu percepatkan proses gaji. Katanya, tak sampai hati tengok Kak Za dalam kesusahan. Kurang 3 minggu kerja, gaji dah masuk! Banyak pengorbanan dan bantuan dari Kak Linda yang Kak Za takkan lupakan.
✨Penutup: Langkah yang Menguatkan
Pengalaman ini mungkin tampak kecil bagi sesetengah orang, tapi bagi Kak Za — inilah langkah pertama yang membentuk diri. Dari kekeliruan, kesunyian dan keperitan — lahirlah kekuatan.
Terima kasih JKM kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup Kak Za. Setiap detik, walaupun sukar, tetap manis bila dikenang.
Comments
Post a Comment