Bergaduh dengan anak dara pun, tapi bila dia ngendeng nak makan sambal ikan bilis, maknya pun cair juga.
Siap jugalah sambal bilis campur petai, walaupun muncung mak ni panjang sedepa.
Konon merajuk la dengan anak remaja.
Tapi tu lah, geram macam mana sekalipun, hati mak ni tak pernah sanggup nak marah lama-lama.
Kita pun pernah jadi remaja dulu.
Kalau kita tak jadi kawan dia sekarang, takut nanti dia tersalah langkah… yang akhirnya buat air mata kita laju macam air paip pecah.
Perangai pun menurun dari kita, gamaknya.
Tak sanggup nak marah lama-lama.
Waktu kita malas tahap tepu, dialah yang tolong masak nasi, tumbuk sambal belacan, goreng telur mata.
Walaupun rasa panas pedal, dia jugalah yang kita minta tolong picit kaki dan kepala.
Kadang hangin juga tengok dia marah adik, tapi dia juga yang rajin puji masakan maknya.
Sampai kembang setaman bunga raya bila dia kata “Sedapnya mak masak!”

Ingatkan nak sweet dan manja…
Rupanya ada barang dalam cart Shopee. Gosok-gosok lengan mak ni rupanya ada makna. 😅
Password telefon pun dia hafal. Pujuk rayu dia mengalahkan salesman, siap gaya telenovela.
Kadang rasa nak jadi singa. Tapi akhirnya jadi bantal peluk dia juga.
Sebab jadi mak ni… walau penat, walau sakit hati, kasih sayang tu tak pernah ada suis off.
Comments
Post a Comment