Baru Jumpa, Dah Komplen? Silap Orang, Kak!

Silap Orang, Kak! – Bukan Semua Boleh Dibawang Kadang-kadang kita ni baru first time jumpa orang, dah tunjuk perangai. Belum kenal hati budi, dah sibuk komplen program. Alamak, che kak pun pelik. Program tu santai je pun. Bukan ada YB, bukan program rasmi yang kena angkat protokol bagai. Permaisuri Agong pun tak merungut, apatah lagi kita yang rakyat marhaen ni. Tapi yang jenis cepat sangat rasa nak betul je ni, pantang la che kak. Benda remeh temeh pun nak jadi isu. Padahal, isi program tu sangat bermanfaat — ilmu yang susah kita nak dapat kalau tak masuk kelas atau pergi belajar betul-betul. 😅 Nak Kenal Staff? Nak Nombor Telefon? Erm… Lepas siap komplen, terus minta nombor telefon che kak. Katanya kenal dengan staf-staf pejabat che kak. Hmm, sorry la ya… che kak tak main bagi nombor ikut suka. Bukan sombong, tapi che kak ada prinsip. Kau siapa, bukan isunya. Tapi che kak simpan privasi ni macam simpan resepi turun temurun — bukan semua layak dapat! Silap orang la kalau fikir che kak jenis cepat mesra untuk dibawang. Che kak akan membawang hanya dengan mereka yang che kak kenal luar dalam — yang kalau buat rendang pun boleh share daging dan santan sekali. 😝



gambar hiasan sahaja


😶 Pengalaman Kat Klinik – Tersenyum Tapi Tawar Teringat satu lagi kisah. Masa tu bawa si kecil Awaatif, baby lagi. Pergi klinik. Ada sorang makcik ni, kononnya nak tunjuk peramah, tegur la che kak dan Awaatif. Baru tanya anak nombor berapa, terus bagi tazkirah ‘beranak ramai ni menyusahkan’. Kaw kaw dia kutuk depan-depan. Che kak diam je. Bukan sebab setuju. Tapi malas layan. Sekali che kak buka mulut, takut che kak tak kenal dah siapa dia tu — ‘makcik’ ke ‘netizen’. 😅 Yang kelakarnya, lepas tu dia siap promote kedai makan anak dia kat Kok Lanas. Minta support konon. Maaflah, che kak bukan jenis menyokong makcik-makcik bermulut laser. Blacklist terus kedai tu walaupun dekat je dengan rumah. Hahaha. 🌼 Bila Jumpa Orang, Belajar Jadi Manusia Kesimpulannya: bila jumpa orang baru, rendahkan nada, bukan tinggikan ego. Jangan rasa kita je betul, orang lain semua salah. Tak payah la angkat diri sangat. Nak bertegur, tegur baik-baik. Nak bercakap, cakap yang manis-manis. Kalau tak reti nak mesra, diam tu pun satu bentuk adab. Tak rugi pun jadi manusia yang menyenangkan. #CeritaCheKak #MakcikMukaBuku #SilapOrangNakBawang #RendahHatiItuCantik #GambarHiasanSahaja

Comments