Sukarelawan Bukan Seorang – Kita Pasukan!

#KonvensyenSukarelawanJKM2022: Dari Ketua Komandan ke Bayou Lagoon


Bila che kak selak balik galeri telefon, tengok gambar-gambar sebelum, semasa dan selepas Konvensyen Sukarelawan JKM 2022... terus rasa, eh eh, banyak lagi tak sempat che kak tulis ni. Sayang betul kalau tak simpan kenangan ni. Kena juga abadikan dalam tulisan, sekurang-kurangnya kat fesbuk atau blog.


Tadi masa belek fail sijil—konon nak cari surat beranak—eh eh, jumpa balik sijil lantikan sebagai Ketua Komandan Briged Kebajikan Perdana (BKP)!

Perghhh rasa macam panglima zaman silam sekejap. 🤪


Orang lama mesti kenal BKP sebelum ditukar nama jadi Sukarelawan JKM. Nama "Ketua Komandan" tu memang bunyi gah, tapi kerja tetap sama—koordinasi, kepimpinan, dan semangat gotong royong. Sama je macam Penyelaras Unit Komuniti sekarang.


Kerja Sukarela: Antara Pengorbanan dan Kepercayaan


Buat kerja sukarela ni bukan kerja main-main. Memang memerlukan pengorbanan fizikal, mental, emosi, kewangan, malah sokongan keluarga pun penting.


Kadang-kadang pasangan kita pun kena "korban" perasaan bila kita keluar urus program, balik lewat, penat tak sempat masak, dan macam-macam lagi.

Tapi sebab niat kerana Allah, semuanya terasa ringan.


Kalau tanya che kak siapa idola sukarelawan?


 Cikgu Mohd Fadhli Salleh.

Che kak suka betul cara beliau menulis. Beliau sangat menitikberatkan penggunaan “kami” dalam setiap usaha, bukan “saya”. Ini penting. Bila kita buat kerja secara pasukan, jangan sesekali buat macam semua usaha datang dari diri sendiri. Kesian kawan-kawan sepasukan yang sama-sama berpenat-lelah. Sukarelawan bukan superstar seorang. Kita pasukan.


Kemuncak Konvensyen: Majlis Penutup & Anugerah Sukarelawan


Che kak pun tak sangka dapat juga bersua muka dengan Dato’ Ketua Pengarah JKM yang baru masa majlis penutup tu. Ramai yang hadir, dan suasananya sangat meriah.


Paling mengujakan masa penyampaian Anugerah Sukarelawan Cemerlang Peringkat Kebangsaan.


Alhamdulillah, anugerah ini pasti menyuntik semangat kepada semua yang terlibat untuk terus berbakti kepada masyarakat.


Tapi paling tak sangka, Cikgu Yuganu—pesara guru dari Pasir Puteh, Kelantan—diumumkan sebagai Sukarelawan Cemerlang 2022 (Kategori Lelaki)!

Meriah satu dewan bersorak!


Tergelak che kak bila dengar Pijoe kata, “Cikgu dah jadi artis la ni!”

Maklum la, kalau dah jadi artis… faham-faham je lah, lambat la sikit balik Kelantan. 🤭


Okeylah, cukuplah dulu untuk hari ini.

Kisah perjalanan balik dari jam 4 petang sampai 3 pagi… belum masuk cerita lagi tu. Tungguuuu… che kak sambung nanti dalam episod seterusnya. 🤪

📌 Nota Che Kak:


 “Bila kita buat sesuatu dengan ikhlas, walaupun tak semua orang nampak, tapi Allah tetap kira. Jangan pernah rasa kecil jadi sukarelawan. Kitalah nadi yang menggerakkan kasih sayang dalam masyarakat.”







Comments