Kerajaan Mungkin Bertukar, Tapi Tanggungjawab Kita Tetap Sama

Dalam kehidupan seharian, siapa pun yang menjadi Perdana Menteri atau parti mana pun yang memerintah, hakikatnya satu: kita semua tetap perlu bangun pagi dan bekerja mencari rezeki.

Sebagai penjawat awam, tanggungjawab tetap digalas. Surat rasmi tetap bermula dengan frasa yang sama:

"Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada..."
Dan diari tetap berlogo:
"Kerajaan Malaysia",
bukan nama mana-mana parti.

Begitu juga rakyat biasa. Kita tetap perlu bayar sewa, beli susu anak, jaga mak ayah, isi minyak motor, dan teruskan hidup. Hidup ini tak pernah tunggu sidang Parlimen selesai atau usul politik diluluskan.

Takde pekdah kita bergaduh sakan di media sosial, bermasam muka di tempat kerja, atau putus saudara hanya kerana taksub pada parti tertentu. 

Bila kita ditimpa musibah atau disiasat undang-undang kerana terlalu fanatik, percayalah pemimpin yang kita junjung itu belum tentu datang hulur tangan.

Negara ini milik kita bersama. Tukar kerajaan adalah perkara biasa dalam demokrasi. Tapi jangan sampai kita tukar akhlak, buang rasional, dan hilang adab hanya kerana perbezaan politik.

Hormatilah pilihan masing-masing. Berbeza pendapat tak semestinya bermusuh. Tanggungjawab kita tetap sama:

Laksanakan amanah kerja

Hormat sesama manusia

Jaga keluarga

Dan sumbang yang baik untuk negara, dalam ruang kita masing-masing

Bila kerajaan bertukar, bukan dunia yang kiamat. Tapi kalau kita hilang akal dan adab kerana politik, itulah kiamat peribadi.

#TanggungjawabBersama #RakyatMalaysia 




Comments