Tayang Kebaikan: Dapat Pahala atau Riak?

Tadi che kak dengar perkongsian tentang topik riak kat medsoc. 

🌟 Hukum Menunjuk Kebaikan di Media Sosial:

Hukumnya: HARUS, bergantung kepada niat.


Nabi SAW bersabda:

"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat."

(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)


✅ Bila boleh tunjuk kebaikan?

✔️ Tujuan untuk memberi inspirasi dan galakan.

Contoh: Tunjuk video beli makanan dan sedekah pada orang susah – supaya followers terinspirasi dan buat sama.


✔️ Dengan syarat:

1. Niat ikhlas kerana Allah, bukan untuk dapat pujian.

2. Lepas buat, 'lupakan' amalan tu jangan simpan dalam hati atau jadikan ia modal untuk rasa hebat.

3. Jangan anggap diri lebih baik dari orang lain yang tak tunjuk kebaikan mereka.


❌ Bila jadi berdosa atau riak?

🚫 Bila niat mula berubah kepada:

Nak orang puji kita.

Rasa diri lebih baik dari orang lain.

Komen-komen pujian mula buat kita seronok dan bangga diri.


Riak itu termasuk dalam syirik kecil.

⚖️ Amalan yang lebih baik disembunyikan:

Ada juga amalan yang lebih afdhal jika disembunyikan, seperti:

Qiyamullail / Tahajjud

Puasa sunat

Zikir & doa sunyi


Contoh status yang boleh disalah faham:

“Alangkah indahnya tahajjud malam ini…” 😅

→ Nampak macam nak kongsi pengalaman, tapi boleh jadi 'terselit' unsur riyak.


🎁 Ganjaran kalau orang ikut:

Kalau niat betul, dan orang ikut buat kebaikan, kita dapat pahala berganda.

Nabi SAW bersabda:

"Barang siapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya."

(Riwayat Muslim)


✨ Kesimpulan:


Nak tayang kebaikan di media sosial? Boleh, tapi jaga niat.

Syaitan kerja 24 jam. Dia akan hasut kita dengan rasa bangga, suka dipuji, dan riak.

Kena selalu muhasabah tanya balik diri: “Aku post ni sebab apa?”

Amalan yang rahsia, simpan rahsia. Amalan yang boleh galak orang lain, tunjuk dengan hati-hati.

Comments