Santai di Rumah Pun Rezeki Masuk

Duk rumah pun, Order Masuk Bertalu!

Hari ni che kak tak pi opis. Santai-santai je kat rumah sambil layan Rocky (bukan Rocky Balboa eh 😆) dan masak pulut kuning. Sambil-sambil tergolek, scroll phone, main Facebook, tiba-tiba masuk order susu kambing Mikkaeserunding Kampung Laut, dan produk Forever. Alhamdulillah… duduk rumah pun rezeki tetap mengalir.

Tapi susu kambing dah habis stok. Ramai rupanya duk cari buat bekal puasa. Biasalah, bila puasa, ramai suka bawa susu kambing sebab tenaga tahan lama dan elok untuk perut. Che kak pun tengah tunggu stok baru masuk. InsyaAllah bila ada, che kak maklum semula ya.


gambar ehsan google

Serunding Kampung Laut pun hot item sekarang ni. Ada yang buat stok nak makan sahur, ada yang suka buat bekal gi kerja. Che kak cuma tolong promote, sebab kenal pengusaha dia dan tahu kualiti produk dia memang tiptop. Sambal pun mantap. Makan dengan pulut kuning, fuhh sedap sampai jilat jari.

Produk Forever pun ramai cari. Produk dia lengkap, dari head to toe — siap ada suplement sekali. Nak cantik boleh, nak sihat pun boleh. Yang paling best, krim sekapur limau tu, wajib ada kat rumah. Time badan lenguh sebab banyak sangat tengok movie 🤭, sapu je krim tu. Kepala pening pun boleh jadi lega.

Kadang kita fikir kena keluar rumah, kena pergi kerja baru boleh dapat duit. Tapi sekarang, dengan kuasa media sosial, dengan izin Allah, duduk rumah pun boleh dapat rezeki. Yang penting, yakin, usaha dan istiqamah.

Rezeki Allah ni luas. Jangan pandang kecil usaha kecil. Kadang yang kecil tu la bawa keberkatan besar.




Comments