Coretan 5 Syawal 1443H / 6.5.2022
Sementara menanti mata “jenero”, che kak tulis dulu kisah hari ini. Rasa rugi pula kalau tak tulis. Tapi pelik juga kan, kalau Arman Rider nak baca masa che kak tengah menulis (menulis ke menaip? ðĪ), rasa malu ya amat!
Kalau nak baca, nanti baca je kat wall che kak ð. Nak komen ke, tegur ke, atau suruh delete ke, baca je kat situ. Jangan kacau che kak masa menulis ni ðĪ.
Pagi di Pasar Tani Laloh
Pagi tadi che kak ke pasar tani di Laloh. Awal sangat kot sampai, sebab ramai peniaga pun belum mula jualan lagi ðĪ.
Tak ada apa yang nak dibeli, sekadar cuci mata je. Lagipun boleh juga “hancurkan” lemak-lemak menu raya tu, jalan-jalan pusing pasar tani ðĪŠ.
Tengah nak balik, che kak ternampak orang jual radio klasik. Radio tu baru, tapi reka bentuk dia retro/vintage terus jatuh hati! Ada seorang pelanggan beli terus sebuah. Harga seratus lebih. Katanya dia memang minat barang lama. Nak pergi pasar karat, tak tahu bila, jadi beli dulu buat sedap mata memandang, nak letak atas almari katanya ð.
Tengok kereta dia pun dah tahu dia memang ‘otai’ barang antik dan, err... orang banyak duit jugalah ðĪ.
Makan Nasi Dagang & Lagu
Balik dari pasar tani, makan nasi dagang! Haa... siapa tahu penyanyi yang nyanyi lagu "Nasi Dagang"? ð
Ziarah Lepas Solat Jumaat
Lepas solat Jumaat, che kak ikut suami beraya ke rumah kawan. Entahlah, che kak pun tak pasti. Nak kata kawan abi tok, muda sangat orangnya. Tapi semua ahli keluarga suami baik dengan dia.
Keluarga golongan asnaf
Isterinya sakit perlukan rawatan hemodialisis. Suami tetap setia jaga isteri. Ada juga seorang anak OKU.
Tadi masa di pasar tani pun che kak nampak dia jual sayur dan ulam kampung, buat tampung hidup.
Che kak terkejut sangat bila tengok banyaknya lauk pauk terhidang. Semua masakan kampung, semua che kak suka ðð.
Rasa macam menyusahkan tuan rumah pula. Tapi dah dijemput makan, kita hargai sajalah penat lelah mereka. Jemput makan, katanya ð.
Renungan Hati
Rasa malu pula dengan diri sendiri. Bila depa mai rumah che kak, kadang cuma mampu hidang air teh O saja ð . Walhal, tetamu tu kan datang bawa rahmat.
Comments
Post a Comment