Jangan Serah Pada Takdir, Kalau Usaha Pun Tak Ada

"Anak Ramai Bukan Alasan Abaikan Tanggungjawab"


Tengok gambar tu rasa lucu, tapi sebenarnya pedih. Pedih sebab ia mencerminkan realiti yang makin lama makin menghimpit kehidupan kita. Harga barang keperluan asas terus naik, tak tunggu kita bersedia pun. Sama ada kita mampu atau tidak, hakikatnya kita kena hadap.


Hakikatnya, kita lebih tahu duit kita. Kita lebih kenal antara keperluan dan kehendak. Bukan soal siapa lebih kaya, tapi siapa lebih bijak urus belanja.




Ramai kata, “Setiap anak ada rezekinya.” Ya, betul. Tapi itu bukan lesen untuk lepas tangan. Sebagai ibu bapa, kita wajib berusaha sediakan keperluan asas — makan minum yang cukup, pakaian yang bersih, tempat tinggal yang selesa. Itu tanggungjawab, bukan pilihan.


Kadang rasa sebak tengok anak-anak kecil yang hidup serba kekurangan. Baju koyak, makan pun kadang-kadang tak cukup, ke sekolah pun tak bawa bekal. Bila ditanya, mak ayah jawab, “Tak mampu.”


Tapi... kalau dah tahu tak mampu, kenapa tak rancang?

Rancang kehamilan bukan sebab takut miskin. Tapi sebab takut kita aniaya anak-anak sendiri. Tak cukup makan, tak cukup kasih sayang, tak cukup perhatian. Itu bukan rezeki — itu kezaliman tak sengaja.


Dan lagi menyedihkan bila ketua keluarga jenis malas kerja, kaki pukul, kaki dadah. Isteri pula terpaksa pikul semua beban. Kalau begini keadaannya, undur diri itu bukan pengkhianatan, tapi penyelamatan. Selamatkan diri, anak-anak, dan masa depan.






Kepada yang diuji dengan pendapatan yang tak mencukupi, usahakan sesuatu. Tambah kemahiran, buat kerja sambilan, berniaga kecil-kecilan. Rezeki Allah luas, asalkan kita rajin usaha.


Kemiskinan bukan dosa. Tapi menyusahkan anak-anak tanpa usaha itu satu kecuaian.

Yang sakit, uzur, atau kehilangan ketua keluarga — itu lain. Tapi kalau malas dan pilih jalan salah, jangan salahkan takdir.

Kita kena berani cermin diri.
Anak-anak bukan alat. Mereka amanah. Kalau kita tak bersedia, jangan salahkan mereka lahir dalam kesusahan.

Rezeki mereka tetap ada. Tapi… tugas kita pastikan mereka cukup makan, cukup pakaian, cukup kasih sayang.

Itu tanggungjawab. Bukan takdir semata-mata.

Comments